"Muncung Mulut" - Gelagat Anak Perempuan Merajuk Lama Sangat Ini Buat Si Ayah Tak Keruan
Kesian ayah awak dik.
Ibu bapa yang memiliki anak kecil sudah pasti akan menjadikan suasana rumah menjadi riuh
Tak campur lagi gelagat anak-anak yang mengada, memang panjang akal tingkah laku mereka. Sehingga kadang boleh membuatkan ibu bapa naik pening layan kerenah mereka.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di Twitter apabila seorang ayah menjadi tak keruan apabila anak perempuannya merajuk telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dah pujuk berkali-kali siap beri air coklat, masih muncung mulutnya
Menerusi video berkenaaan, kelihatan seorang ayah dan anak perempuannya sedang berada di kedai minum.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila anak perempuannya itu dilihat merajuk dan muncung mulutnya. Dia siap menoleh ke arah lain kerana tidak mahu memandang ayahnya.
Lebih melucukan lagi adalah apabila ayah memujuk berkali-kali namun masih saja anaknya itu tidak mahu melembutkan hatinya. Si ayah dilihat seperti hampir putus asa.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Muncung betul mulutnya, harapnya anak aku nanti macam ni, biar bapaknya tau betapa susah nak pujuk perempuan" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 148K views, 3K retweets, 687 quote tweets, 7K likes di Twitter, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua beranak itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Bertabahlah wahai kaum adam di luar sana, goodluck! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment