Murid Ini Pergi Sekolah Naik Payung Terjun Untuk Ambil Peperiksaan, 5 Minit Je Dah Sampai!
Tak pernah terfikir pula pergi sekolah naik payung terjun, kreatif budak ni!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pernahkah anda terfikir untuk pergi ke sekolah dengan menaiki payung terjun?
Mestilah tidak kan? Tetapi, baru-baru ini seorang murid sekolah di India menggunakan payung terjun untuk sampai ke dewan peperiksaan tepat pada masanya kerana jalan raya terlaku sesak ketika itu.
Menerusi perkongsian video daripada Harsh Goenka di laman X, kisah tersebut telah menjadi inspirasi kepada orang ramai kerana semangat pelajar tersebut agar tidak terlepas mengambil peperiksaannya.
Image via @hvgoenka (X)
Pelajar yang dikenali sebagai Samarth, difahamkan hampir terlepas peperiksaannya kerana kesilapan jadual
Menurut sumber, dia menyedari peperiksaannya akan bermula dalam masa 15 minit selepas menerima panggilan daripada rakan kelasnya.
Dengan jarak 15 kilometer untuk dilalui dan kesesakan lalu lintas yang teruk, Samarth sedar dia tidak mungkin sampai ke destinasi dengan menaiki kereta.
Tanpa membuang masa, dia terus mencari penyelesaian luar biasa iaitu dengan menaiki payung terjun.
Apa yang mengagumkan adalah, Samarth berjaya sampai ke dewan peperiksaan dalam masa hanya 5 minit dengan bantuan seorang pakar payung terjun tempatan.
Image via @hvgoenka (X)
Lihat video itu di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment