MyKad Tak Boleh Guna? Ini Cara Mudah Tukar MyKad Anda Jika Cip Rosak
Senang je nak tukar!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pernah mengalami MyKad atau kad pengenalan (IC) anda rosak atau pecah?
Sama ada MyKad anda retak, kad mengelupas, atau cip tidak berfungsi lagi, anda boleh mendapatkan MyKad baharu dengan mudah di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Mereka yang memiliki MyKad atau IC lama juga boleh tukar dengan cip baru yang telah dinaik taraf serta boleh menyokong aplikasi baharu yang dibangunkan untuk agensi kerajaan.
Ini dua cara anda boleh tukarkan IC yang rosak:
Cara 1: Pergi ke kaunter JPN
Bawa MyKad atau IC anda yang rosak ke mana-mana cawangan JPN untuk penukaran.
Jika anda gagal berbuat demikian, JPN akan mengenakan caj untuk kehilangan MyKad atau IC anda, yang mungkin cecah RM1,000 tau!
Jadi, pastikan anda membawa MyKad atau IC asal anda.
Proses ini agak mudah, anda sepatutnya boleh menerima MyKad atau IC baharu dalam tempoh yang ditetapkan:
30 minit di cawangan terpilih
Lima hari bekerja di Semenanjung Malaysia*
Tujuh hari bekerja di Sabah, Sarawak, dan Labuan*
Perkhidmatan penukaran ini tidak meliputi sebarang perubahan pada maklumat peribadi anda di MyKad.
*Tempoh ini terpakai untuk permohonan MyKad atau IC oleh warganegara Malaysia tanpa sebarang komplikasi.
Cara 2: Hubungi hotline di nombor 03-88808066
Ramai rakyat Malaysia yang mungkin tidak sedar bahawa JPN sebenarnya ada menawarkan perkhidmatan panggilan telefon untuk penukaran MyKad atau IC tanpa perlu melawat cawangan.
Dikenali sebagai MyPhone-In, perkhidmatan ini telah tersedia sejak tahun 2022, menurut satu hantaran rasmi JPN di X.
Perkhidmatan ini beroperasi dari Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 5 petang, dengan rehat dari jam 1 tengah hari hingga 2 petang (dan 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang pada hari Jumaat).
Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian apabila menggunakan ciri MyPhone-In:
Perkhidmatan ini hanya untuk warganegara Malaysia sahaja
Anda boleh memohon penukaran MyKad yang rosak atau yang mempunyai cip yang rosak
Bayaran permohonan dikenakan semasa pengambilan kad di Pusat Pencetakan dan Pengedaran MyKad pilihan anda, dengan tempoh masa yang sama seperti permohonan di cawangan.
Hanya pemegang MyKad boleh melengkapkan permohonan dan mengambil MyKad. Pemohon di bawah 18 tahun mesti ditemani oleh ibu bapa atau penjaga sah mereka untuk mengambil MyKad
Sebarang perubahan alamat, agama, nama, atau gambar tidak dibenarkan
Anda mesti menyerahkan MyKad lama yang rosak semasa mengambil MyKad gantian anda, atau bayaran kehilangan akan dikenakan
Anda boleh menyemak status permohonan penukaran MyKad atau IC anda di laman web JPN.
Berapa kos yang perlu dibayar?
Penukaran MyKad yang rosak berharga RM10 untuk warganegara dan RM40 untuk bukan warganegara.
Walau bagaimanapun, IC yang rosak dalam tempoh 12 bulan dari tarikh dikeluarkan akan ditukar secara percuma.
Untuk maklumat lanjut mengenai topik ini, lawati laman web rasmi JPN.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment