Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Trend Merepek Terbaru Budak-Budak Sekarang: Nafkah Couple! Tak Payah Kahwin Pun Dapat Duit

Sakit kepala pula dengan terma 'nafkah couple' ini.

Cover image via Twitter

Semua orang pasti tahu apa itu nafkah

Image via Berita Harian

Nafkah ialah mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib ke atas seseorang suami atau kepada sama ada isteri, anak dan orang-orang yang di bawah tanggungannya. Ia termasuk keperluan tempat tinggal, makanan, pakaian, pendidikan, keagamaan dan perubatan.

Ianya adalah suatu keperluan dan hukumnya adalah wajib buat setiap suami untuk menyediakan nafkah zahir dan batin secukupnya kepada isteri.

Image via Google

Walau bagaimanapun nafkah tidaklah bersifat mutlak kerana setiap orang tidak sama kemampuannya.

Ada yang lebih berkemampuan untuk menyediakan kesemua keperluan dan ada juga yang sebaliknya. Apa yang penting adalah suami memberikan komitmen dan menjalankan tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin dengan kadar yang memberi keselesaan kepada isteri, bukannya kemewahan atau pembaziran yang melampau.

Yang peliknya, pada masa kini, ada satu trend merepek ini iaitu 'nafkah couple' dalam kalangan pasangan muda baru bercinta

Konsep nafkah couple atau kapel ini sama sahaja seperti nafkah suami isteri, yang mana akan diberi setiap bulan dan mengikut kemampuan.

Yang membezakannya adalah nafkah kapel ini untuk pasangan kekasih yang belum lepas lafaz akad nikah, maka tiada ikatan yang sah pun.

Tular beberapa screenshot perbualan tentang nafkah kapel di laman Twitter.

Image via Twitter

Image via Twitter

Image via Twitter

Image via Twitter

Sudah menjadi lumrah media sosial, setiap kali tertularnya perkara baru, pasti akan ada netizen yang mengecam

Image via Twitter

Tidak kurang juga yang gadis-gadis yang mula meminta nafkah kapel dari boyfriend masing-masing. Yang mencari boyfriend pun ada sebab nak nafkah kapel!

Image via Twitter

Sebenarnya tidak dapat dipastikan samada 'nafkah kapel' ini benar-benar wujud dan sudah menjadi trend atau sekadar gurauan dalam kalangan pasangan bercinta.

Tapi kalau betul, tolonglah stop. Merepeknya alahai.

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tapi kalau nafkah antara suami isteri itu wajib diberi ya, para suami!

Lagi artikel kelakar terkini di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment