Nak Jual Semua Barangan Checkpoint Lee Min Ho Lalu Di Airport, Perbualan Ini Undang Tawa
Panas-panas barangan ni.
Seperti semua tahu, baru-baru ini pelakon Korea popular, Lee Min Ho baru saja datang ke Malaysia
Difahamkan, kehadirannya ke Malaysia itu adalah bersempena dengan Konsert Ulang Tahun 'Cuckoo Appreci8th' kerana dia merupakan duta produk tersebut.
Sudah tentu, ramai peminat yang tidak sabar menanti kehadiran pelakon kacak ini sehingga ada sanggup tunggu di lapangan terbang untuk melihatnya.
Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi perbualan di antara rakan-rakannya yang bekerja di lapangan terbang semasa kehadiran Lee Min Ho telah mencuit hati ramai.
Lihat video itu di bawah:
Masing-masing nak buktikan bekas Lee Min Ho
Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu berkongsi perbualan dalam group WhatsApp.
Dapat dilihat kesemua mereka berebut-rebut menunjukkan 'bekas' dan barangan yang Lee Min Ho semasa di lapangan terbang.
Apa yang lebih melucukan adalah ada juga yang siap mengambil lantai di mana tempat pelakon itu memijaknya.
Selain Min Ho dan Siti, Konsert Ulang Tahun 'Cuckoo Appreci8th' turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi terkemuka tanah air antaranya Aina Abdul, Hael Husaini, Dolla, Misha Omar dan ramai lagi.
Image via @aqishbahrum (TikTok)
"Laluan yang dia guna kat airport tu sealkan jangan bagi orang lalu" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat perbualan tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.4M views, 126.7K likes dan 2,240 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @aqishbahrum (TikTok)
Image via @aqishbahrum (TikTok)
Image via @aqishbahrum (TikTok)
Image via @aqishbahrum (TikTok)
Image via @aqishbahrum (TikTok)
Semua nak dijual ya, parah! :D
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment