"Nak Sangat Parking Tepi Jalan" - Ramai Puas Hati Tengok Kereta Ini Kena Gores Dengan Bas
Itu je cara nak bagi sedar agaknya.
Setiap pemilik kenderaan mempunyai ragam masing-masing yang kadangkala boleh menimbulkan kemarahan orang ramai
Terutamanya apabila ia melibatkan parking dan menghalang kenderaan lain untuk lalu di jalan utama, siapa je yang tak marah bila lihat situasi berkenaan bukan?
Sama juga seperti video tular di Twitter baru-baru ini apabila sikap sesetengah pemandu yang dikatakan selfish dan suka parking memakan jalan utama sehingga menghalang bas RapidKL untuk lalu.
Kejadian tersebut telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana mengganggu lalu lintas.
Lihat video penuh berkenaan di bawah:
Ramai puas hati bila tengok kereta parking tepi jalan 'digores' bas
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh pengguna bernama @horrishit di Twitter, dia berkongsi video daripada TikTok @haery_dean di mana ia memaparkan sebuah bas RapidKL yang tidak boleh lalu akibat dihalang oleh kenderaan yang parking di tepi jalan.
Sikap pemilik kenderaan yang pentingkan diri sendiri dengan meletakkan kereta mereka di tepi jalan sehingga menjadikan laluan utama sempit telah membuatkan ramai naik angin.
Beberapa orang awam yang berada di situ cuba untuk mengalihkan salah satu kereta namun tidak berjaya dan akhirnya bas tersebut terpaksa menghimpit kereta-kereta yang ada di tepi jalan berkenaan.
Image via googleapis.com
Image via googleapis.com
"Saman tak jalan, kita gores dan menang je" - Netizen
Susulan tularnya ciapan tersebut yang sehingga kini meraih 129.2K views, 3.4K retweets dan 3.8K likes di Twitter, rata-rata netizen turut meluahkan rasa puas hati melihat kereta-kereta itu dihimpit.
Hal ini kerana sikap mereka sesuka hati melanggar peraturan jalan serta menyusahkan pengguna jalan raya yang lain hanya boleh diajar dengan cara sebegitu.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Tak pasal-pasal je kereta calar. Lain kali please have a common sense ya!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment