seismik

[VIDEO] 5 Tahun Duduk Penang, Lelaki Ini Siap Mengucap Bila Kakak Drive Kereta Laju Sangat

Laju gila dia 'lipat' sana sini! :D

Cover image via @mhazimhamdan (TikTok)

Bila buka cerita tentang cara pemanduan di jalan raya, setiap orang mesti ada attitude masing-masing

Ada yang bawa kereta laju macam tengah berlumba, ada juga yang memandu slow sangat sebab terlalu berhati-hati.

Namun, undang-undang jalan raya tetap harus dipatuhi demi menjaga keselamatan diri sendiri dan pemandu lain.

Baru-baru ini, seorang lelaki telah berkongsi pengalaman menaiki kereta bersama kakakknya yang sudah 5 tahun menetap di Pulau Pinang. Lelaki yang mesra dipanggil Hazim itu berasa 'cuak' dengan cara pemanduan kakaknya yang bawa kereta terlalu laju. 

Disebabkan itu, dia telah memuat naik videonya dengan kapsyen 'orang Penang drive ganas, fakta atau mitos?'.

@mhazimhamdan

orang penang drive ganas, fakta atau mitos?

See You Again (feat. Charlie Puth) - Wiz Khalifa

Cuak sebab kakak drive laju sangat, tak sedar sampai mengucap

Menurut Hazim, itu adalah pertama kali dia naik kereta yang dipandu kakaknya. Seriau sebab kereta terlalu laju, Hazim tidak dapat menahan dirinya daripada mengucap sambil memegang roof handle

"Orang Penang memang bawak loqlaq sikit" - Netizen

Video berdurasi hanya 7 saat itu berjaya menarik perhatian netizen kerana ramai yang dapat relate dengan apa yang Hazim sampaikan, terutamanya orang Penang.

Mereka tidak menafikan yang kebanyakan pemandu di Penang memang bawa kereta laju dan kalut. Mungkin sebelum kakaknya duduk di Penang, cara pemanduannya tidak selaju itu.

Reaksi muka Hazim juga menimbulkan dekah netizen kerana ramai yang berkata mukanya mirip pelawak dan peserta program Running Man di Korea, iaitu Haha.

Antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: