Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Nana Mahazan Bongkar Fara Fauzana Pernah Bencinya Dulu, Misha Omar Punca Mereka Berkawan

Sekarang dah jadi rapat.

Cover image via @nanamahazan (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa sangka orang yang kita benci dahulu kini sudah menjadi sahabat baik kita

Begitulah yang pernah dilalui oleh penyampai radio pupular, Fara Fauzana yang berkongsi suatu ketika dahulu dia pernah membenci Nana Mahazan.

Nana Mahazan ketika itu merupakan peserta Akademi Fantasia musim pertama pada tahun 2003. Fara berkongsi perasaan tidak suka itu bermula selepas Nana menyanyikan lagu Halaman Cinta, nyanyian asal daripada Misha Omar.

Menurutnya, dia tidak dapat menerima nyanyian itu kerana dilihat Nana gagal menyanyikan lagu kegemarannya itu.

"Setiap minggu saya pergi menonton AF1 dan pada ketika itu saya berkawan dengan Misha Omar. Itulah puncanya.

"Saya tak dapat terima nyanyian Nana ketika itu, dia tak perform waktu menyanyikan lagi itu," kata Fara.

Namun, selepas Fara memberitahu hal itu pada Misha, beliau memberi respon yang baik dan sebaliknya memarahi Fara pula kerana mengkritik Nana.

"Tuan badan tak marah, tapi orang keliling yang bising. Inilah contoh," katanya.

Image via @nanamahazan (TikTok)

Mula berkawan selepas ditakdirkan untuk bekerjasama

Kongsi Nana, nak dijadikan cerita mereka kemudian ditakdirkan untuk bekerjasama selepas Nana berjaya memasuki skuad radio Era bersama Fara.

Kata Nana dia pada masa itu pernah dipalau oleh Fara semasa mereka dalam satu pasukan.

Namun begitu, ia semua berubah selepas pengurus Fara ketika itu bernama Felisha meluahkan rasa bencinya dihadapan Nana yang disaksikan oleh Fara.

"Apa yang mengubah persepsi saya ketika itu selepas pengurus saya berterus terang kata dia tak suka Nana.

"Saya pun terus marah dan menegurnya untuk menghormati orang lain. Pada waktu itu muka Nana kelihatan tenang saja. Dari situ baru saya sedar apa yang saya buat dekat Nana itu salah," katanya.

Suka tengok mereka sekarang rapat macam ini :)

Lihat video itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment