Narqes Wellness & Confinement Centre Tawar Pakej Lengkap Penjagaan Untuk Ibu Berpantang
Pusat jagaan yang berkeluasan 6,000 kaki persegi itu mampu menampung kapasiti sehingga tujuh orang ibu berpantang pada satu masa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tahukah anda, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah kelahiran hidup di Malaysia meningkat bagi suku pertama 2023 dengan 111,604 kelahiran atau 8.9 peratus direkodkan berbanding suku pertama 2022 dengan 102,466 kelahiran
Peningkatan angka itu sememangnya sesuatu yang positif kepada negara. Di sebalik peningkatan kelahiran bayi baharu, isu kesihatan ibu dari segi mental dan fizikal sememangnya sesuatu yang tidak boleh dikompromi.
Sempena pelancaran pusat penjagaan ibu berpantang, Narqes Wellness & Confinement Centre di Kuala Lumpur, pusat itu mengadakan satu forum bagi membincangkan secara intelek kepentingan penjagaan mental dan fizikal ibu selepas melahirkan anak di pusat penjagaan ibu berpantang.
Menerusi forum bertajuk Ketenangan Minda Ibu Berpantang: Pusat Jagaan Sebagai Pemulihan Mental dan Fizikal, tiga panel yang mempunyai kepakaran masing-masing iaitu Pengarah Narqes Wellness Sdn Bhd, Datin Narqes Mohd Raimi, Pakar Obstetrik/Ginekologi (O&G), Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar dan Psikologi Klinikal, Khairul Azhar Idris mengupas topik berkenaan.
Menerusi forum itu, Datin Narqes Mohd Raimi berkata, Narqes Confinement Centre menyediakan kakitangan profesional yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam penjagaan ibu dan bayi bagi menyediakan sokongan sepanjang masa untuk pemulihan selepas bersalin.
Image via Narqes Wellness & Confinement Centre
“Di rumah, penjagaan selalunya tidak formal dan bergantung pada bantuan keluarga atau pembantu rumah, sebaliknya di Narqes Confinement Centre kami menyediakan persekitaran serta rutin harian yang lebih tersusun dan teratur. Jadi ibu boleh berehat dengan lebih tenang dan selesa.
“Di rumah, tanggungjawab untuk kerja rumah biasanya dibantu oleh ahli keluarga atau pembantu rumah. Manakala di pusat jagaan profesional seperti Narqes Confinement Centre servis yang disediakan dapat meringankan beban tugasan harian seperti mambasuh baju, mengemas rumah dan memasak.
"Di sini juga makanan berkhasiat disediakan 6 kali sehari, salinan pakaian bersih serta bilik tidur dikemas setiap hari. Servis pengawasan bayi 24 jam juga disediakan yang juga menjadi sebab utama ibu memilih untuk duduk di Narqes Confinement Center. Dengan ini, ibu boleh fokus kepada diri sendiri dan bayi di samping berada di persekitaran yang lebih tenang” katanya di dalam forum berkenaan.
"Di Narqes Confinement Centre menyediakan makanan selepas bersalin yang direka khas untuk menyokong pemulihan. Makanan ini termasuk hidangan seimbang berdasarkan amalan tradisional serta di olah ikut kesesuaian dan keperluan kesihatan setiap ibu," kongsinya.
Image via Narqes Wellness & Confinement Centre
"Tidak merancang rawatan selepas bersalin yang berkesan untuk ibu baharu boleh menyebabkan beberapa risiko dan komplikasi, baik untuk ibu dan bayi yang baru lahir" - Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar
Katanya lagi, antara risiko yang boleh dihadapi ibu baharu seperti jangkitan terutamanya dalam kes luka C-seksyen dan episiotomi. Selain itu, risiko seperti pendarahan teruk atau hipertensi mungkin berlaku tanpa disedari.
“Tekanan emosi juga boleh berlaku yang menyebabkan ibu baharu kemurungan dan kegelisahan selepas bersalin.
“Tanpa bimbingan dan sokongan, ibu mungkin menghadapi masalah dengan penyusuan yang membawa kepada masalah seperti bekalan susu yang tidak mencukupi atau mastitis,” ujarnya.
Image via Narqes Wellness & Confinement Centre
Menerusi forum itu juga, Perunding Psikoligi Klinikal, Khairul Azhar Idris, yang juga merupakan Felow di IKIM, berkongsikan bahawa kemurungan postnatal (PND), atau juga dikenali sebagai kemurungan postpartum (PPD) adalah keadaan kesihatan mental yang serius dan nyata serta boleh menjejaskan sesetengah individu selepas mengalami proses kelahiran seorang kanak-kanak.
Jelasnya, ia bukan sekadar kes ‘baby blues’ iaitu perasaan sedih dan perubahan mood yang biasa dialami oleh banyak ibu baharu dalam beberapa hari atau minggu pertama setelah melahirkan.
“Kemurungan selepas bersalin menjadi lebih berterusan dan teruk, sering berlangsung selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan jika tidak dirawat.
“Penyebab sebenar kemurungan selepas bersalin masih lagi tidak dapat difahami sepenuhnya, tetapi gabungan faktor fizikal, emosi, dan gaya hidup boleh menyumbang kpd masalah ini. Ini termasuk perubahan hormon, kurang tidur, tekanan, sejarah masalah kesihatan mental dalam keluarga, dan pelbagai faktor sosial dan persekitaran yang lain,” katanya pada forum berkenaan.
Image via Narqes Wellness & Confinement Centre
Image via Narqes Wellness & Confinement Centre
Image via Narqes Wellness & Confinement Centre
Selepas tamat forum berkenaan, pengamal media dibawa melawat kemudahan Narqes Confinement Centre yang menyediakan perkhidmatan penjagaan ibu berpantang berstatus lima bintang itu.
Sebagai rekod, pusat jagaan yang berkeluasan 6,000 kaki persegi ini mampu menampung kapasiti sehingga tujuh orang ibu berpantang pada satu masa.
Sejak dibuka Jun 2023, Narqes Wellness Confinement Centre sudah menerima 10 pelanggan di sekitar Lembah Klang dan kini menerima banyak tempahan daripada pelanggan dari seluruh Malaysia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment