Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Neelofa Tercalon Dalam Anugerah Berprestij Antarabangsa, Influencer Awards 2019 Di Monaco!

Majlis anugerah tersebut bakal diadakan pada 5 & 6 Oktober di Monte Carlo, Monaco.

Cover image via Naelofar

Pengacara dan usahawan hijab terkenal, Neelofa telah mendapat pencalonan dalam kategori Usahawan untuk anugerah berprestij antarabangsa, Influencer Awards 2019 Monaco

Image via The Tudung

Bakal berlangsung di Monte Carlo, Monaco pada 5 dan 6 Oktober depan, Neelofa berkata, dia berasa teruja dan tidak menyangka namanya tercalon dalam anugerah yang dipengerusikan oleh keluarga diraja Monaco itu.

“Sejujurnya, saya tidak menyangka tercalon dalam anugerah ini. Selain dikelolakan oleh keluarga diraja dan diadakan di luar negara, majlis anugerah ini juga bakal dimeriahkan dengan calon-calon lain daripada negara-negara berbeza," katanya kepada Kosmo.

Image via XTRA

Image via Naelofar

Meskipun begitu, menurut Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa binti Mohd Noor, kemenangan bukanlah sesuatu yang menjadi fokusnya di sana.

“Tentulah, kemenangan di sana bakal menjadi satu momentum yang besar kepada saya. Namun, itu bukan sasaran utama. Saya mahu ke sana kerana merasakan ia masa yang sesuai untuk berjumpa dengan individu-individu berpengaruh lain dan mengembangkan rangkaian saya,” katanya.

Tambah usahawan itu lagi, beliau berharap agar penglibatannya sebagai calon dapat memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia yang lain

Image via Astro Awani

“Peluang seperti ini bukan datang selalu, jadi saya sangat menghargainya.

“Saya juga berharap agar pencalonan ini dapat memberi inspirasi kepada orang Malaysia lain untuk bermimpi lebih besar dan mencari lebih banyak peluang,” katanya lagi.

Untuk makluman, Influencer Awards 2019 Monaco merupakan penganjuran kedua selepas diadakan dengan jayanya pada tahun lalu

Anugerah tersebut telah direalisasikan oleh Pauline Ducruet yang merupakan anak sulung kepada Puteri Monaco, Stephanie, dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.

Image via Era.je

Pada tahun lalu, Influencer Awards 2018 Monaco telah diadakan pada 7 Oktober di Hotel Meridien Beach Plaza. Sebanyak 27 anugerah telah diserahkan pada majlis tersebut.

Antara pemenang pada majlis tersebut termasuklah blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Lifestyle) dan jurumekap Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Make-Up Artist influencer).

Cayalah Lofa!

Image via Make A Gif

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Neelofa pun pernah tersenarai dalam Forbes 30 Under 30!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment