[GAMBAR] 7 Kali Neelofa Bergaya Aneh Sampai Kena Kecam Tapi Tetap Berjaya ‘Pull It Off’
Biarpun dikritik hebat oleh netizen namun tidak kurang ada juga yang mengagumi bakat pelakon wanita itu kerana mampu dan berani menggayakan imej berkenaan dengan jayanya.
Pelakon dan pengacara terkemuka tanah air, Neelofa memang sentiasa berani dalam berfesyen
Neelofa dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Beliau bukan sahaja berani mencuba sesuatu yang baru, tapi beliau juga sering muncul dengan penampilan yang luar dari kebiasaan tapi masih lagi memenuhi ciri-ciri santun.
Walaupun sering dikritik orang ramai, namun Neelofa tetap mempertahankan stail yang digayakannya. Bahkan, beliau tidak pernah sesekali pun menghiraukan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya.
Baru-baru ini, Neelofa telah memuat naikan gambar percutiannya di Maldives di laman Instagram miliknya yang mana telah mendapat perhatian netizen kerana topi yang dipakai Neelofa semasa percutiannya itu disamakan dengan tikar mengkuang. Bukan itu sahaja, ada yang turut meng-edit topinya itu menjadi keropok ikan.
1. Turban ke beg itu?
Aksi Neelofa yang menggayakan turban menyerupai beg tangan telah menular apabila pengguna media sosial tampil menunjukkan kreativiti mempersenda penampilan artis popular berkenaan yang mana rata-rata netizen telah memuat naik gambar masing-masing meniru gaya turban dipakai pengacara itu.
2. Cermin mata 3D
Pada Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2018 yang diadakan dua bulan lalu, Neelofa tampil dengan pakaian, cermin mata dan kasut kesemuanya dari Gucci Brand. Pakaian ini bagaimanapun turut mendapat teguran daripada para netizen dengan menyamakan cermin mata yang dipakainya itu dengan cermin mata 3D.
3. Pelawak, Johan turut mempersendakan fesyen pouch bag ini
Mengenakan persalinan boxy atau longgar dan turban yang diilhamkan daripada pentas peragaan pereka fesyen antarabangsa, Marc Jacobs, stail ini juga turut mendapat kecaman netizen. Netizen mempersoalkan lilitan tudungnya itu yang dikatakan tidak mempamerkan ciri-ciri wanita berhijab, dan ada juga yang menyatakan pouch bag yang dipakainya itu seperti penjual ikan di pasar malam.
Fesyen pouch bag Neelofa ini sekali lagi jadi bahan lawak oleh dua pelawak terkenal Malaysia, Johan dan Zizan dalam rancangan Neelofa sendiri iaitu rancangan MeleTOP. Memang lucu habis bila Zizan kata betapa yakinnya Neelofa memakai baju seperti orang arab siap dengan pouch bag di pinggangnya.
Lihat video di bawah:
4. "Macam banduan dalam penjara" - Netizen
Ketika menghadiri majlis pelancaran koleksi pakaiannya iaitu Naelofar La Dolce, pakaian yang digayakan oleh usahawan jelita itu telah mendapat kecaman hebat dari netizen. Rata-rata netizen kurang gemar dengan seluar yang dipakai oleh Neelofa yang dikatakan tidak sesuai di samping ada yang menyamakan pakaian belang-belangnya itu seperti banduan di dalam penjara.
5. Pakaian ini dikecam kerana penampakan susuk badan Neelofa
Pada Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2018 yang diadakan pada yang lalu, Neelofa telah tampil memperagakan pakaian di bawah jenama The Melim Group di atas pentas peragaan. Walaupun beliau kelihatan anggun menggayakan jaket penuh berwarna perang namun rata-rata netizen memberi komen negatif mengenai pakaian tersebut. Mereka merasakan pakaian itu terlalu seksi kerana menampakkan bentuk tubuh Neelofa yang agak ketara.
6. Macam roti croissant pun ada
Fesyen turban yang digayakan Neelofa sewaktu menghadiri acara jenama kosmetik terkemuka iaitu Lancome di Paris telah menjadi bualan netizen. Turban yang digayakan Neelofa itu mirip gaya tuala yang dipakai selepas mandi. Ada juga yang menyamakan bentuk turban itu dengan kuih karipap dan roti croissant.
Biarpun dikritik hebat oleh netizen namun tidak kurang ada juga yang mengagumi bakat pelakon wanita itu kerana mampu dan berani menggayakan imej berkenaan dengan jayanya!
Dalam satu temubual bersama Berita Harian, Neelofa mengaku sudah lali dengan kritikan dan komen negatif netizen.
"Pernahkah saya peduli dengan apa orang cakap? Kritikan mereka tidak sedikitpun menjejaskan saya. Ini bukan kali pertama saya dikutuk, malah sudah lali.
"Orang tidak faham dan mereka hanya tahu mengkritik dan mengecam. Sebagai seorang yang sentiasa didedahkan dengan fesyen yang menutup ini, patut berasa bangga. Saya tidak salahkan mereka, cuma mungkin mereka kurang arif kerana fesyen itu sangat subjektif," katanya.