seismik

Selain Fathia Latiff, Ini 6 Lagi Insiden Sharifah Sakinah 'Sound' Orang. Tabiklah!

Sharifah Sakinah merupakan antara artis Malaysia yang lantang serta berani menyuarakan pendapat dan seringkali meluahkannya di laman sosial.

Cover image via Instagram Sharifah Sakinah

Pelakon, Aiman Hakim Ridza dan Fathia Latiff pernah menjalinkan hubungan cinta tidak lama dulu

Image via Google

Walau bagaimanapun, hubungan mereka berakhir dan masing-masing telah memilih haluan sendiri.

Baru-baru ini pelakon Ariana Rose itu telah memuatnaik gambar Aiman di Instagram miliknya yang mendakwa pelakon lelaki itu berhutang dengannya di samping menyekat (block) apabila diminta melangsaikan hutang berkenaan.

Sharifah Sakinah yang sudah lama berkawan baik dengan Aiman tampil mempertahankannya menerusi laman Instagram. Menurut pelakon 'Girlfriend Aku Dari Neraka' itu, luahan itu tulus dari hatinya dan ditujukan kepada pihak berkaitan.

Bukan itu sahaja, pengarah Michael Ang turut tampil mempertahankan Aiman Hakim Ridza dalam laman sosialnya. Menurut Michael, dia telah lama mengenali pelakon lelaki terbabit dan dia antara pelakon yang tidak pernah meminta bayaran pendahuluan apabila menerima tawaran berlakon.

Sharifah Sakinah selalunya dikenali dengan telatah dan lawaknya yang sering buat peminat tidak kering gusi

Image via Xtra

Namun disebalik sifatnya itu, dia juga merupakan antara artis Malaysia yang lantang serta berani menyuarakan pendapat dan seringkali meluahkannya di laman sosial.

Berikut adalah 7 kali lagi insiden Sharifah Sakinah tegur dan ditegur orang:

1. Dituduh plagiat lagu 'Rasa Sayang' oleh warga Indonesia, ini jawapan win Sharifah Sakinah

Dalam satu kempen bersama salah satu jenama telefon bimbit terkemuka di dunia, Sharifah Sakinah telah memuatnaik videonya menyanyikan lagu Rasa Sayang namun telah dikritik oleh seorang warga Indonesia di mana dia mempersoalkan asal-usul lagu tersebut.

Response Sharifah Sakinah bagaimanapun telah mengundang tawa netizen yang mana dia pula mempersoalkan asal-usul jerebu.

3. "Dengan segala hormatnya boleh berambus!" - Sharifah Sakinah beri amaran kepada orang ramai yang komen perihal rumahtangganya

Suatu masa dahulu, seorang wanita telah menghantar mesej yang membuatkan Sharifah Sakinah naik berang. Manakan tidak, wanita tersebut telah menghantar mesej mendakwa suami pelakon terbabit curang di belakangnya.

Ekoran perkara itu Sakinah tampil memberi kenyataan kepada semua dalam bentuk instastory.

"Perhatian kepada orang luar yang tak tahu-menahu tentang hidup dan hubungan saya suami isteri, dengan segala hormatnya boleh berambus!

"Kami tidak perlu pun perhatian anda atau tuduhan melulu tentang hal peribadi. Siapa anda? Pelik gila," katanya.

4. Sharifah Sakinah luah isu drama sampah

Menerusi pautan instastory, Sharifah Sakinah talah meluahkan pandangannya mengenai lambakan drama tidak berkualiti di kaca TV. Menurutnya, cerita yang diluluskan stesen TV semuanya sama kerana idea baru oleh penulis akan ditolak.

Bukan itu sahaja, cerita yang bermutu memerlukan kajian, keaslian dan garapan berkali-kali, namun semua itu tidak ditawarkan oleh stesen di samping harus menepati dateline yang singkat dan bayaran yang rendah kepada penulis.

Sakinah juga telah meninggalkan satu pesanan pendek yang mana mempersoalkan seseorang pelakon itu, adakah mereka cukup bagus untuk menerima skrip yang berkualiti?

5. "Muka pecah rumah macam lelaki!" - Sharifah Sakinah menegur dirinya dan semua yang kerap sangat main phone

Pernah sekali Sharifah Sakinah memuatnaik video ketika dia tertidur yang secara tidak sengaja dirakam. 

Dia yang akui mempunyai ketagihan dengan telefon bimbit memuatnaik video tersebut di Instagram sebagai 'pengajaran' kepada semua orang yang mempunyai ketagihan yang sama sepertinya. Sharifah Sakinah sendiri mengakui wajahnya kelihatan seperti lelaki pecah rumah.

6. Sharifah Sakinah seolah-olah menegur dan menyindir Neelofa kerana telah merangkul banyak anugerah dalam Majlis Anugerah Meletop Era 2018

Dalam Anugerah Meletop Era 2018, pelakon dan pengacara, Neelofa telah merangkul anugerah bagi Artis Paling Meletop. Hal tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati dengan keputusan itu lalu melabel acara tahunan tersebut sebagai ‘Anugerah Syok Sendiri’ dan ‘Anugerah Jaga Hati Neelofa’.

Sharifah Sakinah kemudiannya memuatnaik satu klip di mana dia melakonkan semula watak sebagai Neelofa dan mendedahkan nama Neelofa bagi calon anugerah artis paling meletop sebanyak tiga kali.

7. Giliran Kinah ditegur netizen apabila menggosok gigi di dalam kereta sahabat baiknya, Aiman Hakim Ridza

View this post on Instagram

Cuba teka buang kat manaaaaaaaa #sakai

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Perbuatan Sharifah Sakinah itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang mana menyifatkan perbuatan pelakon wanita itu selekeh dan tidak bertamadun, bahkan ada juga yang menggelarnya Mr. Bean.

Malah, Aiman juga terkejut tiba-tiba Sakinah gosok gigi dalam kereta.

Apa-apa pun, tabik pada Sharifah Sakinah kerana sentiasa berani luahkan pendapatnya! Haa tepuk!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel terkini di SAYS:

You may be interested in: