Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Nekad Berhenti Jadi Cikgu, Wanita Pilih Jual Sandwic Demi Sara Keluarga Tercinta

Menurutnya, sandwic itu dijual dengan menggunakan resipi sendiri.

Cover image via Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang wanita tidak menyangka keputusannya untuk berhenti menjadi guru ternyata memberikan peluang rezeki yang lebih baik buatnya

Menurut laporan Sinar Harian, bekas guru Sejarah dan Geografi di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang, Yasmien Aiezzam Yasin, 35, pada mulanya membuat keputusan tersebut kerana tidak sanggup berjauhan dengan suami dan tiga anaknya yang masih kecil.

Menurut Yasmien Aiezzam atau lebih mesra dengan panggilan Mien, jiwanya tidak tenang dan sentiasa menangis mengenangkan anak-anak menyebabkannya tidak dapat menumpukan perhatian ketika mengajar di dalam kelas.

Image via Sinar Harian

Setiap hari menangis teringat anak-anak, tambahan pula ketika itu sedang hamil anak keempat

"Setiap hari saya menangis teringatkan anak-anak yang masih kecil dan setiap tahun juga mengisi borang permohonan berpindah mengajar di Kelantan tetapi gagal.

"Terlalu sukar untuk meneruskan kerja sehingga saya kemurungan dan berfikir melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

"Kira-kira empat tahun di Green Lane, Pulau Pinang saya tidak berfikir panjang lagi dan terus meletak jawatan pada tahun 2016," katanya.

Berat badan meningkat selepas melahirkan anak kelima pada tahun 2022, terfikir idea untuk jual sandwic pelbagai inti yang sesuai bagi diet

Berkongsi kejayaannya memulakan perniagaan sehingga sandwicnya dikenali di Kelantan, Mien berkata, selepas melahirkan anak kelima pada Februari 2022, berat badannya meningkat sehingga mencecah lebih 80 kilogram (kg).

"Saya lebih suka hidangan manis. Selepas mengalami ketidakselesaan akibat kegemukan, saya berusaha menurunkan berat badan.

"Jadi saya fikir makanan yang sesuai dan boleh dimakan setiap hari ialah sandwic dengan mempelbagaikan jenis inti sesuai untuk diet," katanya.

Selepas itu, Mien turut berkongsi makanan sihatnya di media sosial dan tidak menyangka mendapat sambutan daripada rakan-rakan terdekat sebelum mula menerima tempahan.

Kini, selepas enam bulan memulakan perniagaan secara serius, sandwic dari resipi sendiri itu mula mendapat sambutan meluas dan tular di media sosial.

Image via Sinar Harian

Image via Sinar Harian

Sehingga kini, Mien menyediakan sandwic dengan 20 inti menggunakan bahan segar yang dimasak sendiri di rumah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment