Tiada Lagi eCurve, Projek 'The Lines' Bakal Dibangunkan Tak Lama Lagi
Siapa selalu lepak eCurve mesti sedih kan?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pusat beli-belah ikonik di Mutiara Damansara, iaitu eCurve akan dirobohkan tidak lama lagi bagi membuka laluan kepada projek kediaman baharu bernama The Lines
Menurut laporan New Straits Times, pusat beli-belah yang dibuka pada 2006 itu berhenti beroperasi pada Mac 2021 sebagai persediaan untuk pembangunan semula. Difahamkan, proses itu dijangka bermula pada suku kedua 2024.
Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Properties Bhd Khairul Azizi Ismail berkata, keputusan untuk membangunkan semula eCurve adalah sebahagian daripada rancangan yang lebih luas untuk menghidupkan semula Mutiara Damansara.
Mahu selaraskan dengan trend global dalam penjanaan semula bandar, bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih bertenaga dan mampan untuk masyarakat
Beliau mencadangkan bahawa mengubah eCurve menjadi pembangunan apartment akan paling bermanfaat, memandangkan lokasinya yang strategik dan bersebelahan dengan stesen MRT Mutiara Damansara.
Malah, ia juga dikelilingi oleh pelbagai hartanah komersial seperti The Curve, IPC Shopping Centre, Kidzania, IKEA dan pasar raya besar Lotus, serta hotel seperti Royale Chulan Damansara dan Royale Chulan The Curve.
The Lines yang merupakan projek pangsapuri dijangka dilancarkan pada 3Q24
Projek itu akan menampilkan empat menara. Tiga menara dengan 749 unit menyasarkan pasaran terbuka, manakal satu menara dengan 250 unit yang ditetapkan di bawah skim perumahan mampu milik Servis Apartment Mampu Milik (SAMM).
Terdapat 50 unit lot runcit seluas kira-kira 100,000 kaki persegi, yang akan diduduki oleh pusat kesihatan dan pelbagai kedai runcit. Ia akan dimiliki dan diuruskan oleh Boustead Properties.
Menara ini mempunyai 67 tingkat dan juga dilengkapi dengan kemudahan seperti pengecas kenderaan elektrik, penuaian air hujan, dan sistem pengurusan sisa buangan.
Galeri jualan The Lines kini dibuka hanya untuk pra-tonton peribadi dan dijadualkan dibuka kepada orang ramai pada Jun 2024.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!