seismik

Rakyat Malaysia Dihentam Netizen Sebab 'Double Park', Sampai Masuk Berita Utama Di Jepun!

Dekat Jepun janganlah cari pasal, memang teruk kena kecam.

Cover image via @pja_chan (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Budaya double park sudah tidak asing lagi di Malaysia, di mana-mana kawasan yang padat mesti ada saja kereta parkir bertindih

Namun begitu, kita tidak patut membawa budaya tersebut ke negara orang kerana setiap negara lain cara masyarakat mereka.

Baru-baru ini, tular sebuah ciapan di laman aplikasi X apabila sikap rakyat Malaysia yang selamba double park telah mendapat perhatian berita utama di Jepun.

Image via GIPHY

Seorang pengguna X bernama @pja_chan berkongsi gambar rakyat Malaysia yang parkir bertindih sehingga menimbulkan kemarahan orang Jepun

"Rakyat Malaysia di mention dalam news dekat Jepun ni sebab parking dekat parking space macam ni dan menimbulkan kemarahan rakyat Jepun.

"Ini parking berbayar yang dah ada space untuk setiap kereta, dan tak boleh double park macam ni. Kenapa buat macam ni sampai menyusahkan orang ya?"
katanya.

Image via @pja_chan (X)

Kejadian dikatakan berlaku berhampiran Matsumoto Castle, Aichi Prefecture dan kereta tersebut disewa oleh sekumpulan wanita Malaysia

Difahamkan, kereta yang berada di hadapannya mahu keluar, tetapi tidak boleh kerana kereta sewa milik rakyat Malaysia itu telah menghalang jalan utama.

Manakala, pemilik kereta di belakang pula mendakwa bahawa rakyat Malaysia berkenaan telah meminta dia mengalihkan kereta ke belakang untuk memudahkan dia keluar.

Menurut @pja_chan, parkir di Jepun boleh menjadi isu utama kerana negara itu tidak membenarkan pemilik kenderaan meletakkan kenderaan mereka sesuka hati.

"Ada designated parking space berbayar. Tak ada istilah double park. Sebab hal ni, ramai orang Jepun marah-marah rakyat Malaysia dekat internet.

"Kesannya terpalit dekat Malaysian yang duduk sana especially sebab dah ada bad impression. Silap-silap tourist Malaysia pun dorang tak suka dah lepas ni.

"Parking dekat sana dah la mahal, pastu sebab hal ni extend masa 3 jam lagi. Berganda-ganda jadi mahal. Buang masa orang lagi. Kena panggil orang jack lagi. Memang menyusahkan orang, mana la orang tak marah," katanya lagi.

Lihat ciapan itu di bawah:

Hmm, kalau jadi dekat Malaysia pun rasanya dah viral kot.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: