Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ini Kisah Nenek 18 Cucu Yang Berjaya Jadi Graduan 'Masters' Pada Usia 82 Tahun. Inspiring!

Powerlah nenek!

Cover image via Twitter @adamzainaal

Memang benar pepatah yang mengatakan 'age is just a number'

Kisah nenek berusia 82 tahun ini begitu tepat menterjemah ungkapan di atas.

Pada usia tersebut, nenek ini, Siti Hendon Abdullah berjaya menerima segulung Ijazah Sarjana dari sebuah universiti swasta. Hebat!

Siti Hendon Abdullah bersama suami ketika raptai konvokesyen.

Image via Twitter @adamzainaal

Siapa sangka seorang nenek yang sudah berusia masih mempunyai ikhtiar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi

Perkongsian tentang nenek luar biasa ini telah dibuat oleh cucunya sendiri, Adam Zainal menerusi Twitter.

Kisah ini telah pun viral pada 2 tahun lepas (2016). Ketika itu, Adam memuat naik gambar neneknya itu yang dilihat sedang bertungkus-lumus menyiapkan Masters thesis di hadapan laptop.

"Nenek saya sedang menyiapkan Masters thesis," tulis Adam.

Image via Twitter @adamzainaal

Dua tahun berlalu, Siti Hendon akhirnya berjaya meraih segulung Ijazah Sarjana! Majlis konvokesyen telah berlangsung pada 30 November 2018 lalu di UNITAR.

Siti Hendon ketika majlis konvokesyen.

Image via Twitter @adamzainaal

Upacara gilang-gemilang itu turut dihadiri oleh suami tercinta Siti Hendon.

Lebih menarik, Siti Hendon bukan sekadar berjaya menerima Ijazah Sarjana. Tetapi dia melakukannya sambil menguruskan sebuah tadika, dan ketika mempunyai 4 orang anak, 18 orang cucu, dan 2 cicit pada usia 82 tahun. Memang luar biasa!

Perjalanan hidup Siti Hendon sentiasa disokong oleh suami tercinta.

Image via Twitter @adamzainaal

Menurut Adam, neneknya itu selalu berpesan bahawa pendidikan tidak ada had umur dan tiada apa yang boleh menggantikan kerja keras

Keluarga besar Siti Hendon.

Image via Twitter @adamzainaal

Walaupun telah berusia, neneknya itu tidak pernah menganggap usia itu sebagai penghalang untuk berjaya. Menurutnya lagi, tidak ada alasan untuk seseorang tidak mencapai kejayaan selagi dia benar-benar mahukannya.

“Memandangkan sebelum ini saya lebih fokus dan sibuk mengendalikan sekolah dan pelajar, sudah tiba masanya saya beralih ke bidang pengajian yang lebih mencabar biarpun umur semakin meningkat," kata Siti Hendon kepada Harian Metro dua tahun lalu.

"Saya memegang prinsip jika saya percaya dengan apa yang saya inginkan, saya boleh lakukannya dengan mudah dan lancar."
Siti Hendon

Selepas ini, Siti Hendon bercadang untuk menyambung pelajaran ke peringkat PhD pula kerana dia berasa "resah" jika tinggal di rumah

Siti Hendon berazam untuk meneruskan pengajiannya ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) jika masih diberi kudrat bagi membuktikan sesiapa saja mampu mencapai taraf pendidikan tertinggi selagi ada kemahuan.

Image via Twitter @adamzainaal

"Saya sudah cuba duduk di rumah seperti ibu dan nenek lain. Namun saya resah dan hanya mahu membuka buku dan belajar sesuatu.

"Kebetulan suami dan anak-anak tidak menghalang dan memberi saya semangat yang diperlukan untuk mengejar cita-cita saya," katanya lagi.

Tahniah nenek! Anda adalah inspirasi buat ramai orang di luar sana. Semoga terus sukses. :)

Bersemut

Image via Twitter @adamzainaal

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kisah menyayat hati hanya di Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment