“Abah Teringin Nak Pi Tapi Tak Dak Modal” - Kisah Di Sebalik Konvo Yang Meruntun Jiwa
Memang sedih gila. Apalah perasaan jika kita berada di tempat mereka. Hmmm...
Hari konvokesyen merupakan satu hari yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar.
Mana tidaknya, setelah beberapa tahun bertungkus-lumus berkorban demi menghabiskan pelajaran, akhirnya anda berjaya ke peringkat seterusnya iaitu Hari Konvokesyen.
Impian setiap orang adalah untuk ahli keluarga mereka hadir pada hari istimewa itu. Termasuklah ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara yang terdekat, rakan-rakan dan lain-lain.
Ini kerana hari tersebut merupakan hari yang begitu bersejarah buat seseorang yang pernah digelar 'pelajar'. Betul tak?
Namun, bagaimana pula nasib individu yang mempunyai ibu bapa yang tidak mampu untuk hadir akibat kekangan wang?
Seperti kisah seorang lelaki yang dikongsikan melalui laman Twitter tentang ayahnya yang tidak mampu untuk hadir pada hari konvokesyen atas sebab tidak mempunyai modal.
Baca perkongsian kisah disebalik konvo yang menyedihkan ini di bawah:
Tweet tersebut telah meraih lebih 20k retweets ketika artikel ini ditulis dan ramai yang membalasnya dengan perkongsian kisah mereka yang juga agak menyedihkan.
"Acik terima kasih untuk segalanya. Mama minta maaf sebab tak dapat tunaikan hasrat Acik untuk hadirkan diri ke konvo.."
"Masa konvo diploma abah dan mak tak dapat datang sebab tak ada modal tapi mereka janji untuk datang masa konvo degree. Itu yang membuatkan aku semangat untuk sambung belajar."
Ada juga individu yang berhati mulia sanggup menawarkan diri untuk sponsor ibu bapa yang memerlukan wang perbelanjaan untuk menghadiri hari konvo anak masing-masing: