Lelaki Ini Terkilan Tak Sempat Berbual Panjang Bersama Arwah Ayahnya Kerana Sibuk Bekerja
Panggilan terakhir bersama ayahnya hanya 18 saat sebelum panggilan itu dimatikan kerana dia sedang sibuk.
Tak kisahlah sesibuk mana pun anda, ibu bapa jangan pernah dilupakan. Walaupun anda tinggal di bandar dan ibu bapa anda tinggal di kampung, haruslah sering bertanyakan khabar mereka dan memastikan mereka berada dalam keadaan yang baik.
Janganlah kerana kesibukan bekerja, anda langsung tidak menghiraukan sakit tenat mereka, makan pakai mereka dan sebagainya. Sebagai seorang anak yang baik, anda seharusnya membalas semula jasa baik mereka yang telah membesar dan mendidik anda sejak kecil.
Sesungguhnya kasih sayang mereka tiada bandingan.
Oleh itu, sayangi dan hargailah mereka selagi mereka masih ada di dunia ini.
Baru-baru ini seorang pengguna Twitter telah kehilangan ayahnya selepas menerima panggilan dari arwah untuk memberitahu bahawa duit telah dimasukkan ke dalam akaunnya
Baca perkongsian penuh di bawah:
Selepas panggilan itu, dia tidak menelefon semula ayahnya sehinggakan...
Dia juga kesal kerana tidak sempat untuk berbakti kepada ayahnya sebelum arwah pergi buat selamanya
Menurutnya juga, selepas panggilan telefon selama 18 saat itu berakhir, ayahnya jatuh sakit lalu meninggal dunia 3 hari selepas terlantar di hospital
Namun begitu, ramai juga pengguna Twitter yang turut berasa simpati ke atas apa yang berlaku dan mereka juga memberikan kata-kata semangat untuknya:
Apa-apa pun, kami mengucapkan takziah buat keluarganya dan semoga dia tabah menghadapi ujian ini