seismik

Video USM Beri Penghormatan Pada Ibu Bapa Undang Sebak Orang Ramai. Terima Kasih Mak Ayah!

Setiap kejayaan yang tercapai oleh para graduan adalah disebabkan berkat serta sokongan ibu bapa dan ahli keluarga.

Cover image via Video Universiti Sains Malaysia

Istiadat konvokesyen merupakan satu majlis yang berprestij dan disambut secara meriahnya di setiap universiti

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Majlis Konvokesyen diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka. 

Istiadat ini sememangnya akan menjadi antara hari yang bersejarah buat mereka yang bergelar pelajar di institut pengajian tinggi. Manakan tidak, selepas penat mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan di samping ada yang berhempas pulas tidak tidur malam bagi menyiapkan tugasan demi tugasan untuk mendapatkan segulung ijazah, hari istiadat ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu.

Gambar sekadar hiasan.

Image via USM

Walaupun begitu, di sebalik setiap kejayaan seseorang graduan itu, terdapat pengorbanan tidak terhingga yang dilakukan para ibu bapa

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro.

Majlis Konvokesyen bukan sahaja hari di mana kita meraikan para graduan, tetapi waktu itu jugalah masa untuk kita meraikannya bersama ibu bapa di atas segala jasa dan pengorbanan yang dilakukan mereka kerana telah membesarkan kita serta mendidik sehingga berjaya ke menara gading.

Pada istiadat konvokesyen yang ke-56 yang lalu, Universiti Sains Malaysia (USM) tidak terlepas dari mengucapkan kata-kata penghargaan dan terima kasih kepada para ibu bapa

Dalam ucapannya, Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata bahawa setiap kejayaan yang tercapai oleh para graduan adalah disebabkan berkat serta sokongan ibu bapa dan ahli keluarga.

Lanjutan daripada itu, beliau telah menggesa para graduan untuk sama-sama berdiri dan memberikan tepukan penghargaan kepada ibu bapa serta ahli keluarga mereka. 

Lihat video di bawah:

Ramai yang memuji kata-kata yang disampaikan oleh Naib Cancelor USM dan masing-masing berkongsikan pengalaman konvokesyen mereka

Ibu bapa merupakan insan yang paling mulia dan tiada gantinya. Kita haruslah menghargai dan menggembirakan mereka sebaik mungkin.

Terima kasih mak ayah!

Image via Gifer

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: