seismik

Gadis Luah Kekesalan Lihat Ibu Bapa Beratur Di Longkang Pada Majlis Konvo, Ini Respon UTM

Ibu bapa diarah beratur untuk memasuki dewan dengan menggunakan pintu belakang yang kecil, sempit dan berdekatan dengan longkang. Pintu hadapan pula hanya khas buat golongan VIP dan pensyarah.

Cover image via Twitter @eiffaakmal

Musim konvokesyen yang sedang berlangsung sekarang ini tentunya antara saat yang paling menggembirakan buat para graduan dan keluarga

Gambar sekadar hiasan.

Image via Blog Mohd Ghazli

Manakan tidak, segala dugaan dan cabaran sepanjang alam pembelajaran di institusi pengajian tinggi akhirnya berjaya ditempuh sehingga membuahkan hasil. Tentunya pencapaian yang dibuktikan menerusi segulung ijazah atau sekeping diploma menjadi titik permulaan untuk para graduan mengorak langkah yang lebih luas.

Walaupun begitu, di sebalik setiap kejayaan seseorang graduan itu, terdapat pengorbanan tidak terhingga yang dilakukan para ibu bapa dan ahli keluarga. Demi meraikan kejayaan ini bersama-sama, ada ibu bapa dan ahli keluarga yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk melihat anak mereka di atas pentas untuk ambil ijazah.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Facebook UTM

Walaupun begitu, layanan yang diberikan sebuah universiti tempatan terkemuka semasa berlangsungnya istiadat konvokesyen baru-baru ini telah mendukacitakan ramai pihak kerana dikatakan tidak meraikan tetamu istimewa mereka iaitu para ibu bapa.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, seorang gadis telah meluahkan rasa terkilannya ketika menghadiri majlis konvokesyen di sebuah universiti terkenal baru-baru ni

Menurut gadis tersebut, semasa majlis tu berlangsung, tetamu terutamanya ibu bapa terpaksa beratur untuk memasuki dewan dengan menggunakan pintu belakang yang kecil, sempit dan berdekatan dengan longkang. Lebih menyedihkan, pintu hadapan pula hanya khas buat golongan VIP dan pensyarah sahaja.

Baca perkongsian penuh di bawah:

Susulan daripada perkara ini, universiti tersebut telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi di laman Facebook rasminya

Pencerahan berkenaan dengan isu ibu bapa masuk melalui pintu belakang bagi menghadiri konvokesyen. Pihak Universiti...

Posted by Universiti Teknologi Malaysia (UTM) on Monday, November 12, 2018

Bukan itu sahaja, petugas konvokesyen UTM turut bersuara lantaran perkara tersebut

Walau bagaimanapun, gadis tersebut merasakan bahawa kenyataan yang dikeluarkan bertentangan dengan apa yang dilihat dengan matanya sendiri dan mengharapkan pembaikan dapat dibuat selepas ini

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tabik dengan USM sebab beri penghormatan pada ibu bapa!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in: