Selamba Hina Muka Orang, Ramai Geram Baca Cara Ibu & Anak Ini 'Face Shaming' Seorang Gadis
Apa yang berlaku ini mirip kata pepatah, 'Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi'.
Apa perasaan anda bila muka sendiri dikutuk atau diejek oleh orang?
Sebenarnya, jika ada sesiapa yang berkatakan perkara tidak baik berkenaan wajah ini patut dilabelkan sebagai face shaming.
Face shaming adalah tindakan yang termasuk di bawah perbuatan body shaming, iaitu sama ada memberi komen, menghina, mengutuk atau mengejek penampilan wajah seseorang. Contohnya mengejek wajah orang yang berjerawat, memiliki dahi yang lebar, pipi yang besar, berkulit gelap, dan lain-lain.
Image via Google
Perlu tahu bahawa perbuatan face shaming adalah buli dan mampu memberi kesan yang sangat mendalam kepada mangsa. Jika mangsa tidak dapat mengawal emosi, ia akan memberi efek kepada mereka dalam jangka masa panjang.
Bukan itu sahaja, perbuatan ini juga memberi kesan kepada mangsa dari segi gangguan emosi; hilang keyakinan diri, pemakanan menjadi tidak menentu atau hilang selera makan, kemurungan (depresi) sehingga boleh membunuh diri kerana malu.
Baru-baru ini tular di laman sosial perbualan di antara seorang ibu dan anaknya dengan selamba mengutuk wajah seorang gadis yang telah menarik perhatian ramai
Menerusi laman Twitter, seorang gadis yang dikenali sebagai Nani telah berkongsikan bagaimana wajah kawan baiknya yang bernama Irdina digelar buruk, selain kulit wajahnya disamakan dengan tar pada jalan raya oleh seorang 'mak cik'.
Image via Twitter @husnaniii
Semuanya bermula apabila Irdina menangkap gambar bersama seorang lelaki bernama Adam yang kemudiannya dimuat naik di laman Instagram. Apa yang berlaku ialah mak cik tersebut yang juga merupakan ibu kepada Adam mula berkatakan yang tidak baik tentang wajah Irdina.
Nani telah memuat naik screenshot perbualan ibu Adam dengan anaknya itu di laman Twitter miliknya.
Image via Twitter @husnaniii
Image via Twitter @husnaniii
Nani juga telah memuat naik screenshot perbualannya bersama Adam yang mana dia menegur kata-kata ibu pemuda berkenaan, namun ditertawakan.
Image via Twitter @husnaniii
Image via Twitter @husnaniii
Susulan melihat perbualan anak beranak itu, rata-rata warganet sangat marah selepas membacanya. Mereka kemudiannya telah memberi kata-kata semangat kepada Irdina di samping memuji wajah manis gadis terbabit.
Image via Twitter @husnaniii
Yang membuat warganet begitu geram dengan apa yang berlaku itu mirip kata pepatah, 'Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi'
Masing-masing panas hati dan memberi respon mereka tentang perbuatan selamba kedua anak beranak itu mengutuk wajah seseorang. Selain itu, ada juga beberapa warganet yang berkongsikan pengalaman pernah dihina wajah mereka.
Antara komen dari warganet:
Image via Twitter @husnaniii
Image via Twitter @husnaniii
Image via Twitter @husnaniii
Image via Twitter @husnaniii
Image via Twitter @husnaniii
Image via Twitter @husnaniii
Image via Twitter @husnaniii
Image via Twitter @husnaniii
Geramnya baca conversation anak beranak tu!
Image via Giphy
Image via SAYS Seismik
Mangsa body shaming, ini jadikan ejekan sebagai motivasi untuk dirinya menurunkan berat badan:
Lagi artikel di SAYS Seismik:
Leave a comment