Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Zombie Ka Itu?" - Netizen Gerun Lihat Model Baju Ini Macam Baru Bangkit Dari Alam Barzakh

Muka mereka sangat pucat, maka tidak hairanlah mereka disamakan seperti berasal dari alam barzakh iaitu tempat sementara bagi roh yang telah meninggal dunia sebelum memasuki alam akhirat.

Mustahil ada yang tidak kenal atau tidak pernah dengar filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid

Filem Hantu Kak Limah adalah antara filem Malaysia yang tidak perlu dipromosikan lagi namun tetap menjadi pilihan mereka yang ingin menonton filem-filem tempatan secara santai dan mahukan genre komedi-seram.

Image via Reel Good

Meskipun filem pertama ditayangkan pada tahun 2010 dan sekuelnya pula pada 2018, namun rata-rata mengakui kehebatan watak ‘Hantu Kak Limah’ memberi impak dan penangan yang hebat kepada penonton sehingga ia masih segar dalam ingatan, bahkan terus menjadi bualan ramai sehingga ke hari ini.

Baru-baru ini, tular satu siri gambar memaparkan dua orang model yang ternyata telah berjaya menarik perhatian orang ramai.

Manakan tidak, kedua-dua model itu kelihatan macam mayat hidup!

Gambar-gambar yang dimuat naik pengguna Twitter @Staylowkey_v itu menunjukkan seorang lelaki dan seorang wanita memperagakan pakaian dalam keadaan seolah-olah mereka sedang tidur.

Image via Twitter @staylowkey_v

Image via Twitter @staylowkey_v

Image via Twitter @staylowkey_v

Image via Twitter @staylowkey_v

Muka mereka juga sangat pucat, maka tidak hairanlah pengguna laman sosial itu siap menyamakan model-model itu seperti berasal dari alam barzakh iaitu tempat sementara bagi roh yang telah meninggal dunia sebelum memasuki alam akhirat.

Sebenarnya, buat yang tidak tahu, baju-baju yang diperagakan itu adalah keluaran Labo. Bukan itu sahaja, difahamkan konsep pakaian tersebut juga diilhamkan daripada filem Hantu Kak Limah.

Labo merupakan jenama pakaian Malaysia yang ditubuhkan semenjak tahun 2017 lagi. Jenama itu juga sangat terkenal dengan pakaian tradisional Melayu serta mempunyai pelbagai warna, sesuai untuk lelaki dan wanita. 

Image via Twitter @staylowkey_v

Menurut model wanita yang dikenali sebagai Aisyah Rosli itu, dia sendiri tidak menyangka gambar-gambar itu akan viral. Meskipun begitu, gadis itu berkata dia hanya akan mengambil komen dengan positif kerana setiap orang mempunyai perspektif mereka sendiri.

"Secara keseluruhan, titik utama foto adalah menjual pakaian, bukan wajah saya," tambahnya lagi ketika dihubungi laman Coconuts KL.

Sudah menjadi adat sosial media, rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka sesudah melihat gambar-gambar berkenaan

Hasil tinjauan di laman Twitter mendapati netizen bukan sahaja terhibur tetapi ternyata tahu bahawa konsep yang dipertengahkan oleh jenama itu selain mempunyai nilai ekstetiknya tersendiri, ianya adalah untuk tujuan marketing.

Malah terdapat juga yang mengakui baju-baju yang dikeluarkan Labo juga cantik dan kelihatan selesa.

Image via Twitter @staylowkey_v

Image via Twitter @staylowkey_v

Image via Twitter @staylowkey_v

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Dah tengok filem Korea 'Peninsula'? Ada pelakon Malaysia!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment