x

seismik

Bangganya Ada Pelakon Malaysia Dalam ‘Train To Busan: Peninsula’. Main Watak Penting Lagi!

Jangan risau. Ini bukan spoiler!

Cover image via Portal Jember & Instagram @ariel.azlie

Sekuel kepada filem Train To Busan bertajuk Peninsula akhirnya menemui penonton di pawagam bermula 15 Julai ini

Filem Peninsula berlatar belakangkan empat tahun selepas kejadian Train To Busan. Meskipun ia masih di dalam semesta sinema yang sama, namun filem ini tidak meneruskan sambungan cerita dan mempunyai watak-watak yang berbeza daripada filem sebelumnya.

Image via Portal Jember

Filem arahan Yeon Sang-ho, yang juga merupakan pengarah asal Train To Busan ini dibarisi pelakon seperti Kang Don-won, Lee Jung-hyun, Lee Re, Kwon Hae-hyo, Kim Min-jae, dan Goo Kyo-hwan. 

Dalam sekual ini, dunia kini bertukar menjadi tempat yang didominasi oleh zombie dan hanya sekumpulan manusia sahaja yang masih survive.

Image via Variety

Menariknya, filem Peninsula ini akan jadi lebih intense jika nak dibandingkan dengan filem sebelum ini. Tidak percaya? Tengok sahaja trailer di bawah:

Bukan itu sahaja, filem Peninsula turut memaparkan seorang pelakon teater dari Malaysia, Bella Rahim.

Bella main watak penting OK dalam filem kali ini!

Menerusi laman Instagram-nya, pelakon, Hairul Azreen, telah berkongsikan gambar dirinya bersama pelakon teater, Bella Rahim dalam satu instastory.

Selain itu, YouTuber, Zhafvlog by Pure Pixels yang terkenal dengan content movie react dan review turut memuat naik gambarnya bersama Bella semasa malam tayangan perdana filem zombie berkenaan di Malaysia.

Ternyata, Bella bukan sahaja bertuah dapat berlakon di samping pelakon-pelakon dari Korea Selatan, malah bekerja dengan krew perfileman antarabangsa. Dia juga bakal melibatkan diri dalam sebuah pementasan teater di Norway pada tahun hadapan.

Tinjauan di laman Twitter mendapati ramai rakyat kita yang sudah menonton Peninsula bangga kerana Malaysia mendapat 'shout out' dalam filem tersebut

Berikut adalah antara komen menarik daripada warganet kita:

(Jangan risau kami sudah tapis komen-komen ini supaya tiada spoiler!)

Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com
Image via imgur.com

Disarankan anda yang bakal menonton Peninsula untuk tidak kelip mata kerana dikhuatiri mungkin terlepas scene paparan bendera Malaysia dalam filem itu.

Cayalah Malaysia di mata dunia!

Jangan zombie datang negara kita sudah.

Image via Goody Feed

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Waktu Malaysia disebut dalam filem Venom pun rakyat kita excited!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik: