Rakyat Malaysia Sangat ‘Excited’ Sarawak Mainkan Peranan Penting Dalam Filem ‘Venom’
Terdapat tiga adegan dalam filem Venom yang berlatarbelakangkan Sibu, Sarawak.
Sebuah filem aksi lakonan Tom Hardy berjudul VENOM telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia
Venom merupakan watak anti-hero atau lebih mudahnya antagonis yang terjadi kerana jangkitan symbiote yang merupakan organisme yang berasal dari luar angkasa.
Salah satu kelebihannya, symbiote ini dapat memulihkan fizikalnya setelah mengalami kerosakan dalam masa yang sangat cepat. Symbiote boleh meresap ke dalam badan manusia dan melekat dalam anggota tubuh.
Filem Venom keluaran Sony Pictures yang berdurasi 1 jam 53 minit ini telah diarah oleh Ruben Fleischer turut menampilkan Michelle Williams, Riz Ahmed, Scott Haze dan Reid Scott sebagai pelakon utama.
Sinopsis filem Venom
Filem ini menceritakan tentang Eddie Brocke (Tom Hardy), seorang wartawan yang mengkaji satu kes tentang satu penemuan baru yang diketuai oleh Dr. Carlton Drake (Riz Ahmed). Dari penemuan makhluk ciptaan Dr Carlton itu, Eddie telah diserang dan dihanyuti dengan organisme yang dinamakan symbiote yang dapat menyatu dengan tubuh manusia untuk membentuk super-human.
Kemudian Eddie pun terjangkiti salah satu makhluk ciptaan Dr. Carlton Drake. Dalam kondisi terjangkiti organisme asing dalam tubuhnya, Eddie bertarung melawan si makhluk dan orang-orang yang mengejarnya. Eddie berusaha menggunakan kekuatan yang dimiliki untuk kebaikan bukan kejahatan. Namun, semakin lama ianya nampak luar biasa… nantikan kisah selanjutnya.
Bagi mereka yang sudah menonton filem Venom pasti terkejut kerana adegan pembukaan filem ini memaparkan Malaysia!
[AMARAN: Spoiler bagi pembukaan filem di bawah!]
Filem ini dibuka dengan roket Yayasan LIFE yang terhempas ke dalam hutan, membolehkan salah satu symbiote yang dibawanya keluar dari kanister.
Kemudian dipaparkan bahawa hutan tersebut adalah sebahagian daripada Hutan Simpanan Borneo yang terletak beberapa batu dari Sibu, Sarawak.
Seorang pegawai EMT wanita (di bawah), yang dimainkan oleh aktres Amerika, Michelle Lee, juga dipaparkan bercakap beberapa baris dalam bahasa Melayu (dengan loghat Indonesia sedikit).
Sudah menjadi norma rakyat kita, apabila disebut sahaja nama Malaysia, lebih-lebih lagi dalam filem antarabangsa, pasti akan teruja dan disorak dengan penuh semangat!
Itu bukan satu-satunya adegan yang dikatakan berlaku di Malaysia. Satu lagi peristiwa penting turut berlaku di sebuah pasar malam di “kampung Malaysia” di Sarawak.
Secara dasarnya lokasi tersebut langsung tidak kelihatan seperti pasar malam yang selalunya kita nampak di Malaysia. Reka bentuk set tersebut hanya dilengkapi dengan lampu tanglung tradisional Cina dan gerai-gerai yang memaparkan karakter berbangsa Cina.
Jika anda perhatikan dengan teliti, anda akan melihat bahawa belakang jaket pegawai EMT juga menggunakan huruf-huruf dari bahasa Cina.
Adegan terakhir di Sarawak berlaku dalam apa yang dipaparkan sebagai Lapangan Terbang Sibu. Reka bentuk set tersebut kelihatan seperti lapangan terbang tersebut sebelum ianya diubah suai.