seismik

“Berjumpa Kembali Selepas 60 Tahun” - Filem PULANG Diinspirasi Dari Kisah Benar Yang Epik

Memang WAJIB tonton. Air mata menitik tak berhenti weh!

Cover image via Google

Filem Pulang kini sedang hangat di kalangan masyarakat di Malaysia. Ini kerana filem ini dilakonkan semula oleh pelakon yang begitu handal berdasarkan kisah benar tiga generasi yang berlaku kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Ahmad Izham Omar iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios

Ramai juga yang memberikan maklum balas yang positif mengenai filem ini. Yang pastinya, semua barisan pelakon yang terlibat memang terbaik! Kisah sebenar yang ada di sebalik filem ini pula bakal menyentuh hati setiap orang yang menontonnya.

Tanpa disedari, anda sendiri akan merasakan elemen kebahagiaan, kesedihan, percintaan dan juga kesengsaraan yang ada dalam filem ini.

Image via Primeworks

Banyak lagi babak menarik yang membuatkan kami rasa sangat perlu untuk anda semua tonton filem ini. Memang perlu sediakan tisu yang banyak sebab memang sedih habis! Ending filem ini pula tidaklah cliche seperti filem yang pernah anda tonton.

Ianya hampir sempurna!

Kenapa anda WAJIB tonton filem Pulang ini?

Image via Primeworks

1. Cerita ini dilakonkan berdasarkan kisah benar yang berlaku selama 60 tahun lamanya

Suatu ketika dahulu, datuknya pergi berlayar meninggalkan nenek serta ayah untuk mengubah nasib keluarga. Namun, selama 61 tahun datuknya tidak kembali sehinggalah bapanya mengambil keputusan mencari di Liverpool.

Bukan setakat itu sahaja, ketika Ahmad Izham ke Liverpool pada tahun 2008 untuk mencari maklumat lanjut mengenai datuk itu, beliau berjumpa dengan datuk saudara Remy Ishak yang pada ketika itu bertanggungjawab menjaga komuniti kelasi Melayu di Liverpool.

Image via Google

2. Teknik CGI sebanyak 70%. RM2 juta untuk masukkan efek CGI dalam filem ini.

Remy Ishak ada juga mengatakan bahawa ketika menerima naskah tersebut, dia telah merasakan bahawa skrip filem ini merupakan skrip yang bagus, ianya juga adalah hasil tulisan Mira Mustaffa.

Walaupun pada mulanya Remy masih tidak dapat gambaran yang jelas tentang bagaimana teknik imej janaan komputer (CGI) ini akan digunakan dalam filem Pulang ini. Namun, jauh di sudut hatinya merasa bahawa filem ini akan menjadi filem yang hebat di bawah arahan Kabir Bhatia.

Selain itu, untuk pengetahuan anda, 70% daripada filem ini adalah menggunakan teknik CGI yang lain daripada yang lain. Menurut sumber, Remy mengatakan kesukaran untuk berlakon berlatarkan skrin hijau sahaja tanpa mengetahui imaginasi pengarah dan juga pakai CGI.

Image via Primeworks
Image via Primeworks
Image via Primeworks

3. Pulang merupakan filem pertama Puteri Aishah (Che Tom), namun walaupun tanpa skrip, semuanya jelas terpancar: kerinduan, percintaan dan banyak lagi. Hampir sempurna!

Raut wajah Puteri Aishah dalam filem ini jelas mengatakan rindu dan cinta buat suami yang tersayang. Dia juga telah berjaya melakonkan wataknya dengan baik sehingga mampu membuatkan penonton menitiskan air mata.

Malah, anda tidak perlu untuk memaksa untuk merasakan kesedihan ketika menonton filem ini, rasa sedih dan pilu itu akan datang dengan sendirinya kerana filem ini adalah berdasarkan kisah benar yang benar-benar terjadi suatu ketika dahulu.

Lakonan semua pelakon boleh diberi rating 10/10 kerana kualiti lakonan yang diberikan memang first class! Mimik muka, tutur kata, bahasa tubuh dan semuanya memang mampu untuk memberikan mesej yang tersendiri.

Image via Google
Image via Primeworks

4. Filem arahan Kabir Bhatia tidak pernah mengecewakan

Jika anda pernah mengikuti filem arahan Kabir Bhatia, pasti anda sedia maklum bahawa beliau tidak pernah mensia-siakan peranan watak dalam filem arahannya. Senimatografi yang memang first class, jalan cerita pun cukup sempurna, elemen cinta yang membuatkan anda merasakan seperti ianya sedang berlaku, kesedihan yang terpancar di wajah setiap pelakon membuatkan filem ini ditonton dengan sepenuh hati.

Selain itu, pengakhiran filem ini memberikan banyak impak kepada penonton. Lebih-lebih lagi yang telah berkahwin, memang wajib tonton dengan pasangan masing-masing. Barulah anda kenal erti kasih sayang dan cinta dalam sebuah rumahtangga yang sudah dibina berdasarkan cinta sejati.

Memang terbaiklah, Kabir Bhatia!

Pengacara Nazrudin bersama Pengarah Kabir Bhatia (pengarah filem Pulang) dan Mira Mustaffa (penulis skrip untuk filem Pulang ini).

Image via Dikbee
Image via YouTube

Pendek kata, Pulang bukanlah filem percintaan yang biasanya anda tonton di televisyen. Impak yang diberikan dalam filem ini adalah begitu luar biasa.

Image via Primeworks

Tonton trailer filem Pulang di bawah:

Jangan lupa tonton filem Pulang ini di pawagam yang berhampiran anda! #PulangTheMovie

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Filem RISE: Ini Kalilah yang diilhamkan daripada peristiwa Pilihan Raya Umum Ke-14 baru-baru ini, akan dikeluarkan bulan depan bersempena dengan Hari Malaysia:

You may be interested in:

Leave a comment