Penerbit Crazy Rich Asians Dan Michelle Yeoh Dapat Hak Filem 1MDB ‘Billion Dollar Whale’

Filem tersebut akan berkisarkan tentang pendedahan mengenai ahli perniagaan yang kini menjadi buruan, Jho Low.

  • Cover image via NST

Penerbit filem Crazy Rich Asians, Ivannhoe Pictures, yang merupakan anak syarikat SK Global telah mendapatkan hak penerbitan filem untuk buku "Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World"

Pengumuman rasmi itu dibuat John Penotti selaku Presiden SK Global.

Pelakon kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh akan bekerjasama dengan Ivanhoe Pictures untuk menghasilkan filem berkisarkan tentang pendedahan mengenai ahli perniagaan yang kini menjadi buruan, Jho Low.

Buku tersebut telah ditulis Tom Wright dan Bradley Hope itu baru sahaja memasuki senarai buku paling laris New York Times dan dipasarkan di Malaysia sejak 18 September lalu.

Jho Low

Image via Asia One

Dalam kes yang masih dalam siasatan pihak berkuasa Malaysia, Singapura, Switzerland dan Amerika Syarikat itu, dikatakan sejumlah AS$5 bilion telah dicuri oleh Jho Low, yang merupakan dalang utama penyelewengan tersebut.

Walau bagaimanapun, perkara ini mengundang kritikan beberapa pihak ekoran Michellle Yeoh yang sebelum ini telah secara terbuka menyatakan sokongan beliau kepada bekas Perdana Menteri DS Najib Razak pada tahun 2013

Image via Finance Twitter

"Saya berharap beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri dan saya meminta anda semua untuk terus memberikan mandat kepada beliau," kata Michelle Yeoh berkenaan bekas Perdana Menteri tersebut dalam satu laporan oleh MStar.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment