Laporkan Banjir Kiriman Malaysia, Netizen Tergelak Dengar Berita Dari Media Indonesia Ini
Jerebu kiriman siapa pula?
Negara Malaysia dan Indonesia sememangnya berjiran melihatkan kedudukannya yang bersebelahan
Sebagai negara yang serumpun, banyak persamaan yang boleh kita lihat daripada dua negara ini. Contohnya dari segi bahasa, budaya dan macam-macam lagi.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pembaca berita melaporkan situasi banjir di Kalimantan telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sebut banjir kiriman Malaysia buat ramai tidak puas hati
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pembaca berita sedang melaporkan bencana banjir di Kalimantan.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pembaca berita itu sebut banjir yang dialami merupakan kiriman daripada Malaysia.
"Banjir yang jadi cukup besar hingga menenggelamkan ratusan rumah warga, selain kerana curah hujan yang tinggi, banjir juga merupakan kiriman daripada Malaysia" katanya.
Namun begitu, maksud sebenar banjir kiriman merupakan banjir limpasan.
"Risau aku, banjir kiriman Malaysia. Tak tahu pula Malaysia ada kuasa macam Boboiboy" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 447K tontonan, 16K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @xtra_my (TikTok)
Image via @xtra_my (TikTok)
Image via @xtra_my (TikTok)
Terkejut kita dengar awak cakap macam tu! :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment