Niat Tak Kesampaian, Pencuri Ini Menjerit Lepas Tuan Rumah Takutkan Dengan Ular
Itulah padahnya.
Insiden kecurian atau rompakan sudah biasa terjadi di kawasan perumahan
Disebabkan itulah, setiap penduduk harus berwaspada dengan keadaan sekeliling dan sentiasa mengunci rumah supaya tidak berlaku kejadian sedemikian.
Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video tular di negara seberang ini apabila seorang pencuri terkejut selepas ditakutkan oleh tuan rumah dengan seekor ular.
Lihat video itu di bawah:
Belum sempat pecah masuk rumah, pencuri kantoi menjerit lepas nampak ular
Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh @akuratco, kelihatan lelaki yang memakai baju merah jambu tersebut berdiri di hadapan pintu bilik tertutup dan menunjukkan seekor ular dari bahagian atas pintu.
Difahamkan, tuan rumah di Aceh, Indonesia itu bertindak mengurung pencuri yang cuba memecah masuk ke rumahnya bersama ular sehingga membuatkan dia menjerit ketakutan.
Image via @akuratco (TikTok)
Akhirnya pencuri yang minta tolong supaya dilepaskan
Pencuri itu yang takut dengan haiwan tersebut kemudian menjerit seperti meminta pertolongan agar dia dilepaskan dari bilik tersebut.
Walau bagaimanapun, ular itu tidak dilepaskan oleh lelaki berkenaan dan kelihatan dia ketawa selepas melihat reaksi pencuri berkenaan.
Image via @akuratco (TikTok)
Niat tak menghalalkan cara, tak pasal-pasal terkena batang hidung sendiri. Lepas ini jangan mencuri ya! :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment