10 Tahun Tunggu Zuriat, Diduga Pula Isteri Meninggal Dunia Lepas 3 Bulan Melahirkan Anak
Allahuakbar, berat dugaan dia.
Setiap pasangan yang berkahwin sudah tentu mengimpikan zuriat sebagai penyeri di dalam rumah tangga mereka
Walau bagaimanapun, rezeki anak adalah ketentuan oleh Allah SWT. Bukan semua suami isteri berpeluang menimang cahaya mata dalam tempoh terdekat. Ada yang perlu menunggu bertahun lamanya sebelum dikurniakan rezeki sedemikian.
Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini memaparkan sepasang suami isteri menunggu cahaya mata pertama selama 10 tahun, namun dugaan lain pula menimpa keluarga kecil mereka telah membuatkan ramai sebak.
Lihat vide itu di bawah:
Sabar menanti zuriat selama 10 tahun, tetapi rezeki si isteri timang anak tak lama
Menerusi video yang dimuat naik oleh @missdenok, kelihatan lelaki itu berkongsi kisah sedih yang dialaminya dalam usaha mendapatkan zuriat bersama sang isteri.
Mereka yang menunggu cahaya mata pertama selama 10 tahun akhirnya dikurniakan seorang puteri comel.
Namun, kebahagiaan yang dikecapi oleh pasangan berkenaan hanyalah sementara apabila isterinya meninggal dunia setelah melahirkan anak pertama mereka selepas tiga bulan kerana sakit lain.
Malah, apa yang lebih memilukan adalah pasangan berkenaan sempat melaksanakan majlis aqiqah buat puteri kesayangan mereka.
“Tepat tiga bulan selepas melahirkan Arya, Allah lebih menyayangi isteri saya,” tulisnya.
"Allahuakbar. Betul la ujian setiap orang tak sama, moga tabah tuan" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 1.2M tontonan, 1.7K komen dan 1.5K perkongsian di TikTok.
Rata-rata netizen turut menitipkan ucapan takziah dan memberikan semangat buat lelaki itu. Mereka juga mendoakan semoga arwah isterinya ditempatkan di syurga.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!