Muat Naik Kapsyen Tuju Ke Seseorang, Betul Ke Sharifah Sakinah Ada Isu Dengan Nad Zainal?
Dengar cerita ada isu tentang kacang lupakan kulit?
Tular sebuah posting di laman Instagram pelakon popular, Sharifah Sakinah baru-baru ini mengenai kapsyen di gambarnya seperti ditujukan kepada Nad Zainal
Menurut Sharifah Sakinah, aktres itu menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Nad Zainal baru-baru ini berhubung isu bermasam muka dengan beberapa orang selebriti yang pernah menjadi sahabat baiknya sebagai narsisistik.
Lihat posting itu di bawah:
Nekad nak delete post sebelum ini semasa pernah koma, Sakinah minta Nad Zainal berpijak di bumi nyata
Menerusi gambar itu juga, Sakinah memuat naik kembali posting sebelum ini sewaktu Nad Zainal pernah kritikal disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru Disember lalu, di mana dia menitipkan doa dan semangat buat kawan baiknya itu.
Walau bagaimanapun, Nad Zainal disifatkan sebagai kacang lupakan kulit gara-gara tidak mahu memberi fokus kepada siapa yang hilang dari radar kerana menganggap ia bersifat 'high school' untuknya.
Sakinah yang seolah-olah terguris hati kerana kenyataan Nad dalam temu bual bersama media memberitahu ingin memadam doanya buat Nad dahulu dengan harapan agar mereka berjumpa di 'alam' lain kelak.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen posting tersebut mendapati rata-rata netizen turut sedih melihat kemelut persahabatan mereka
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Instagram:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!