seismik

Azhar Sulaiman Jual Nombor Plat Lesen 'MAFI4' & Bidaannya Bermula Dari RM1.85 Juta

Wow, siapakah gerangan pembeli tu?

Cover image via @azharbsulaiman (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon veteran Malaysia, Azhar Sulaiman baru-baru ini mengumumkan di Instagram bahawa dia melelong nombor plat 'MAFI4' miliknya

Menerusi posting di Instagramnya, Azhar menulis bidaan untuk plat lesen itu yang bermula dari RM1.85 juta.

Pelakon berkenaan juga menyertakan nombor telefon yang boleh dihubungi oleh pembeli yang berminat untuk membuat tawaran mereka bagi plat eksklusif itu.

"The one and only 'MAFI4' title for sale. Bidding starts at RM1.85 million. Call if you're the real mafia," katanya.

Image via Harian Metro

Azhar menyertakan gambar dirinya memegang sijil Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) yang menunjukkan dia adalah pemilik nombor plat

Dia turut menyertakan imej kenderaan yang sebelum ini menggunakan plat 'MAFI4' iaitu Nissan Murano. Menurut posting itu, pelakon itu akan menamatkan bidaan pada pukul 12 pagi esok, 24 Ogos.

"Good Luck To All Mafia Applicants," katanya.

Jadi, jika ada yang berminat untuk memiliki nombor plat unik ini, letakkan tawaran anda di +6012-666 9777!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: