NOIR Pecah Tradisi Jadi Penaja Utama Untuk AJL 36
NOIR pernah dinobatkan sebagai Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik di Asia Halal Brand Award (AHBA) 2019.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Selepas empat tahun mengukuhkan jenama dan populariti rangkaian produk dipasarkan, syarikat berasaskan kecantikan halal dan premium, Noir Health & Beauty Sdn Bhd buat kali pertama berjinak-jinak sebagai penaja utama kemuncak Anugerah Juara Lagu edisi ke-36 (AJL 36)
Image via Jelajah NOIR AJL 36
Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, ia seterusnya bakal membawa debaran anugerah yang mengangkat bakat komposisi itu ke pelusuk negara dengan program Jelajah NOIR AJL36.
Syarikat yang diasaskan oleh Eriyca Baiduri atau lebih mesra dikenali sebagai Madammu sejak tahun 2017 itu memperkenalkan pasukan #gengcantiknoir sebagai jentera utama mengemudi siri jelajah ini.
Madammu yang baru-baru ini turut muncul di pentas Semi Final Muzik Muzik 36 (SFMM36) amat teruja dengan kolaborasi strategik bersama program hiburan televisyen paling popular itu.
Bermula 24 Januari ini dan tamat pada 26 Februari hadapan siri jelajah dengan #gengcantiknoir bakal menemui khalayak ramai di Utara, Selatan, Pantai Timur hinggalah ke Lembah Klang
Image via Jelajah NOIR AJL 36
"Ia juga adalah misi mempromosi program usahawan NOIR dengan objektif ingin menarik lebih ramai wanita yang ingin memulakan perniagaan tanpa modal dan boleh mencapai pendapatan hingga RM10,000 sebulan.
"Tak ketinggalan untuk mempromosi jenama produk ini dan bertemu Madammu secara dekat," katanya.
Pada acara SFMM36 itu, Khai Bahar dan Aina Abdul yang juga bolos sebagai finalis AJL 36 turut dinobat sebagai Penyanyi Pilihan NOIR.
Sementara itu, pada 31 Disember lalu juga, jenama ini menganjurkan sebuah acara bagi menghargai agen, stokis atau ahli menerusi Majlis Penyampaian Hadiah Purple Bonanza.
Pertandingan dianjurkan sejak Februari hingga Ogos lalu yang menawarkan ganjaran hebat dengan sebuah Proton X50 kepada pemenang utama dan dua buah Proton Iriz serta 10 biji motosikal kepada ahli berprestasi tinggi yang menang dalam Cabutan Bertuah Purple Bonanza.
Image via Jelajah NOIR AJL 36
Image via Jelajah NOIR AJL 36
Syarikat berkata, walaupun dunia dilanda pandemik dan ramai yang terkesan, namun NOIR berjaya membuktikan bahawa jenama produk kecantikan tempatan ini kalis cabaran dan berjaya menghasilkan usahawan wanita yang mampu menjana pendapatan bulanan sehingga puluhan ribu ringgit.
NOIR pernah dinobatkan sebagai Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik di Asia Halal Brand Award (AHBA) 2019. NOIR turut menerima Anugerah Superbrands Malaysia 2020 dalam Kategori Kesihatan & Kecantikan dan The BrandLaureate – The World's BestBrands e-Branding Awards dalam kategori "Cosmetic and Skin Care Solution.
"Layari www.jelajahnoirajl36.com untuk butiran lanjut siri jelajah ini. Ikuti juga perkembangan semasa di Facebook dan Instagram NOIR Health & Beauty," katanya.
Image via Jelajah NOIR AJL 36
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain sepanjang tahun 2021 hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment