seismik

Video Kucing Tiru Suara Tuan Gelak Dan 9 Lagi 'Perangai' Si Comel Sepanjang Tahun 2021!

Tunggu tahun 2022 pula apa lagi telatah si bulus ini nak ditunjukkan.

Cover image via @thiyaamily (TikTok) , @maseplace (TikTok) , @zul_taylor12 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pejam celik sekejap saja sudah berakhir tahun 2021 dan kita akan melangkah ke tahun 2022 tidak lama lagi

Walaupun pandemik Covid-19 masih belum reda di negara kita, tetapi penjagaan diri perlulah sentiasa dititikberatkan dalam kehidupan kita sekarang.

Tambahan pula dengan banjir kilat yang melanda di beberapa negeri tahun ini sehingga mengakibatkan ramai yang hilang tempat tinggal.

Namun, disebalik dugaan yang berlaku sepanjang tahun 2021 kita masih boleh tersenyum apabila melihat video telatah kucing di media sosial.

Jom kami kongsikan kepada anda antara cerita mengenai kucing sepanjang tahun 2021 ini.

Menerusi video tersebut, seorang lelaki dilihat bersama kucingnya iaitu Oyen. Lelaki itu kemudian cuba mengajar kucingnya untuk gelak bersamanya.

Apa yang lebih melucukan adalah setiap kali pemiliknya itu gelak, si comel itu turut gelak sekali sama seperti pemiliknya.

Lelaki itu kemudian hanya tergelak kecil melihat reaksi yang dilakukan oleh kucingnya itu kerana dia sendiri tidak menyangka perkara tersebut akan berlaku.

Artikel penuh di sini.

Di dalam video itu, kelihatan seorang wanita berkongsi gelagat kucingnya ketika disuruh menyanyi lagu buat neneknya.

Pada awalnya, dia dilihat menyanyikan lagu Happy Birthday dan kemudian dia seolah-olah seperti menyuruh kucingnya itu sambung menyanyi.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah, kucing itu turut sambung menyanyi dan seperti bercakap "nenek" dalam nyanyian itu.

Artikel penuh di sini.

Kucing Oyen yang sangat terkenal dengan aksi dan gelagatnya yang sering muncul di sosial media. Tular baru-baru ini di TikTok apabila aksi Oyen ketika bermain sekali mendapat perhatian ramai di sosial media.

Aksi kucing Oyen itu ternyata sangat luar biasa kerana dia dilihat melekat pada dinding dan tidak ubah seperti spiderman.

Dia rupa-rupanya mahu mencapai bulu-bulu yang terlekat pada dinding. Selepas itu, kucing tersebut turun dengan selambanya. Cara turun pun comel!

Artikel penuh di sini.

Menerusi perkongsian video daripada @aya_abok5759, kelihatan kucing Oyen itu sedang melepak di atas sebuah kereta.

Apa yang menghiburkan, ia dilihat begitu sakan menguap dengan luas seolah-olah menikmati rasa mengantuknya itu tanpa disedari aksinya itu dirakam dari dalam kereta.

Lebih melucukan lagi, si perakam dengan sengaja membunyikan hon dengan kuat sehingga membuatkan si Oyen terkejut lalu menggelupur memusingkan badannya ke kiri dan kanan sebelum melompat turun.

Artikel penuh di sini.

Menerusi perkongsian video itu, kelihatan kucingnya itu sedang baring di atas kerusi kayu di rumahnya berlapikkan bantal.

Tuannya mengajak pergi ke klinik kerana terdapat luka pada badan kucing itu. Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila si gebus itu menjawab dengan si tuan.

Ia seolah-olah berkata "tak mau" dan mengelak apabila tangannya ditarik oleh tuan kerana tidak mahu pergi ke klinik.

Artikel penuh di sini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @izhaikal, kelihatan kucing berbadan kelabu itu sedang menuju ke bilik air untuk menghendap tuannya.

Namun, si tuan pula sengaja terkejutkannya dan reaksi kucing itu telah membuatkan semua orang di situ ketawa kerana terhibur melihatnya.

Dia dilihat seperti melatah dan menegakkan badannya sambil melompat-lompat jauh daripada pintu bilik air tersebut.

Artikel penuh di sini.

Menerusi video berkenaan, kelihatan seekor kucing dan seorang budak perempuan sedang berada di depan pintu.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila budak itu dilihat ingin keluar dan membuka pintu. Namun, tombol yang dipegang itu bukan tombol untuk membuka pintu.

Lebih melucukan lagi apabila seekor kucing dilihat terus mengetepikan tangan budak itu lalu membuka pintu.

Artikel penuh di sini.

Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan seorang lelaki seakan seperti sedang berborak bersama seekor kucing peliharaannya.

Di dalam video itu, ia menunjukkan si tuan sambil berjalan menyebut perkataan "ok..ok..ok" berulang kali kepada si kucing.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah kucing berkenaan turut menyahut tuannya dengan berkata perkataan sama iaitu "ok". Gelagatnya itu membuatkan si tuan tergelak kecil mendengar suara si comel itu.

Artikel penuh di sini.

Seorang lelaki memberitahu dia merasa terkejut selepas melihat keadaan rumahnya yang dipenuhi dengan air sebaik saja bangun daripada tidur. Keseluruhan lantai rumahnya dilihat dipenuhi dengan air yang bertakung.

Tetapi, banjir itu bukan sama sekali datang daripada air hujan malah rupa-rupanya kerja kucing-kucing peliharaannya yang melakukan perkara tersebut.

Difahamkan kucing-kucing peliharaannya itu telah membuka paip di dapur dan menyebabkan banjir berlaku di dalam rumahnya. Menurutnya ini bukanlah kejadian pertama kali berlaku kerana sebelum ini pun pernah berlaku perkara sama yang dilakukan oleh kucing-kucingnya itu.

Artikel penuh di sini.

Menerusi video tersebut, kelihatan seekor kucing tersebut sedang diberikan seekor udang oleh tuannya.

Dia kemudian menghidunya dan memberikan reaksi yang menghiburkan. Kucing berkenaan dilihat seperti mahu muntah sebaik saja menghidu udang tersebut.

Bukan sekali dia seakan mahu muntah, tetapi dua kali dia memberi reaksi sebegitu. Perkara itu membuatkan tuannya ketawa melihat gelagat kucing miliknya itu.

Artikel penuh di sini.

Terima kasih kepada anda semua kerana sudi meluangkan masa membaca artikel di Seismik. Semoga tahun 2022 lebih baik dari sebelumnya :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: