seismik

Gelagat Kucing Menggelabah Kena Hon Masa Tengah Syok Menguap Atas Kereta Ini Bikin Dekah

Kiri kanan kiri kanan, pusing!

Cover image via @aya_abok5759 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Gelagat kucing yang spontan sememangnya dapat menceriakan hari-hari kita

Ada saja aksi lucu mereka yang menjadi perhatian di serata media sosial betul tak? Kita memang akan terhibur jika ternampak kucing pandai bercakap, menari, meminta makanan dengan sopan dan sebagainya.

Namun, berbeza pula dengan video kali ini yang memaparkan seekor kucing menggelabah turun dari kereta semasa sedang menguap mengundang dekah ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tengah syok menguap, sekali menggelupur lari sebab kena hon

Menerusi perkongsian video daripada @aya_abok5759, kelihatan kucing Oyen itu sedang melepak di atas sebuah kereta.

Apa yang menghiburkan, ia dilihat begitu sakan menguap dengan luas seolah-olah menikmati rasa mengantuknya itu tanpa disedari aksinya itu dirakam dari dalam kereta.

Lebih melucukan lagi, si perakam dengan sengaja membunyikan hon dengan kuat sehingga membuatkan si Oyen terkejut lalu menggelupur memusingkan badannya ke kiri dan kanan sebelum melompat turun. 

"Kot ye pun bagilah dia habis menguap dulu hahaha, tak baik buat Oyen macam tu" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah berjaya mendapat 1.3M tontonan, 153.4K tanda suka serta 13.3K perkongsian di laman TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat lucu Oyen itu, malah ada juga yang kesian melihatnya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Kesian ada, lawak pun ada. Aduhai, Oyen pun kalau nak menguap carilah tempat yang tersorok sikit :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: