seismik

Tuan Saja Tinggalkan Kejap Dalam Rumah, Reaksi Kucing Ini Bikin Ramai Geram

Pandai dia berdrama ya.

Cover image via @fryrehanna (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling disukai ramai kerana sifat manja dan comelnya itu mampu menceriakan hari kita

Tambahan lagi jika kucing itu memiliki badan yang gebu dan bulat seperti bola, sudah tentu si tuan akan sentiasa geram melihat telatahnya.

Sama seperti sebuah video ini yang viral di TikTok apabila telatah seekor kucing yang bernama Fluffy mencuit hati ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@fryrehanna

Susah nk dgr suara fluffy, saja letak camera pegi buang sampah . Ambik kau yg terpaling opera suara dia . Dramaaaa betul

original sound - fatinrehanna

Tuan sengaja tinggalkan kejap dekat rumah, tapi tak sangka cik meow kuat drama

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fryrehanna, kelihatan dia keluar rumah sebentar untuk pergi membuang sampah.

Disebabkan kucingnya itu susah mengeluarkan suara, dia sengaja meletakkan kamera di satu sudut untuk melihat reaksi si gebu itu apabila ditinggalkan.

Apa yang menghiburkan adalah sebaik saja si tuan keluar dari rumah, kucing itu dilihat mengiau dengan kuat berulang kali seperti memanggil tuannya.

Lebih melucukan lagi, sebaik saja ia menyedari kamera yang merakam dirinya, kucing tersebut seolah-olah menukar intonasi suaranya menjadi manja.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.5M views, 209.6K likes dan 3.8K shares di TikTok

Manakala, hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur dan merasa geram melihat reaksi spontan kucing itu yang sangat comel.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Alahai, mengada-ngada ya awak cik meow. Nak Sheba je :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: