seismik

[VIDEO] "No Way Home" - Cara Oyen Panjat Dinding Ala Spiderman Ini Curi Tumpuan

Hebat ya Oyen.

Cover image via @lawitchen (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sangat comel dan manja

Telatah dan gelagatnya pasti akan membuatkan kita tidak bosan melayan karenah si comel ini. Malah, ia boleh menghilangkan penat setelah seharian berkerja.

Tambahan lagi dengan kucing Oyen yang sangat terkenal dengan aksi dan gelagatnya yang sering muncul di sosial media.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila aksi Oyen ketika bermain sekali mendapat perhatian ramai di sosial media.

Lihat video penuh itu di bawah: 

@lawitchen

oyen ni lupa kalau dia ni kucing ##cat##fyp

original sound - Bang Jago

Main dekat dinding sampai panjat macam spiderman

Menerusi video tersebut, kelihatan 3 ekor kucing sedang bermain bersama di dalam sebuah bilik. Namun, selepas itu salah seokar daripada kucing berkenaan tiba-tiba memanjat dinding kerana mahu mencapai sesuatu.

Aksi kucing Oyen itu ternyata sangat luar biasa kerana dia dilihat melekat pada dinding dan tidak ubah seperti spiderman.

Dia rupa-rupanya mahu mencapai bulu-bulu yang terlekat pada dinding. Selepas itu, kucing tersebut turun dengan selambanya. Cara turun pun comel!

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@lawitchen

lanjutan oyen lupa kalau dia kucing##cat##fyp oyen bar bar

Mengapa Semua Menangis. BIASALAH - DRXML

"Oh lupa nak bagi tahu semalam Oyen kena gigit labah-labah. So, ni la effect dia" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut melihat aksi Oyen yang bermain pada dinding itu.

Malah, ramai yang menyamakannya dengan aksi spiderman kerana kucing itu sama sekali tidak terjatuh. Ada juga yang masih tertanya-tanya bagaimanakah kucing itu boleh memanjat dinding.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 134.4K likes dan 5,754 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bukan biasa-biasa kebolehan Oyen ni. Apa je yang dia tak boleh buat ea :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: