Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Nora Danish Derma Baju Lama Dekat Kawan Bukan Islam - "Saya Takut Tanggung Dosa"

Alhamdulillah, terbaik Nora!

Cover image via @noradanish (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon, Nora Danish mengakui tidak lagi menyimpan baju lama yang mendedahkan auratnya sebelum nekad berhijrah

Menurut laporan Berita Harian, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 42, berkata dia memutuskan untuk memberi baju lamanya kepada rakan bukan Islam.

"Sebenarnya, sudah lama saya 'let go' pakaian lama sebab orang kata kalau jual tak boleh dan saya akan tanggung dosa orang membelinya.

"Jadi, saya berikan kepada rakan bukan Islam. Semua baju lama sudah tiada dalam simpanan saya lagi," katanya.

Image via @noradanish (Instagram)

Kerap hadir majlis ilmu dan sedang memadam gambar-gambar lama yang tidak bersesuaian

"Saya perlu buang semua gambar tidak menutup aurat dalam Instagram (IG), tetapi dalam masa sama, saya tengok jugalah gambar lama. Ia mengambil masa kerana jumlah gambar melebihi 26,000.

"Saya baru buang beberapa ribu dan masih ada banyak lagi. Bila tengok gambar lama, saya cakap dalam diri 'apalah aku buat dulu'.

"Namun, itu adalah proses kehidupan. Kalau saya tidak melalui fasa ini, mungkin tiada rasa menyesal seperti sekarang. Jadi, penghijrahan sekarang lebih terkesan sebab saya sudah lalui semuanya," katanya.

Pada masa sama, Nora mengakui tidak mudah untuknya istiqamah dalam penghijrahan dan sentiasa berdoa agar dikelilingi insan yang terus mendekatkan dirinya dengan Allah SWT.

Image via @noradanish (Instagram)

"Untuk berhijrah senang, tapi untuk istiqamah tak mudah. Istiqamah ini merangkumi pelbagai sudut seperti menjaga solat pada awal waktu, berzikir dan sebagainya.

"Jadi, saya berdoa untuk kekalkan rasa sedih, sayu dan berdosa dalam diri selama-lamanya. Sebab saya tak mahu kalau berdoa sudah tidak menangis lagi.

"Kalau tanya saya petua untuk istiqamah, memang saya tiada. Saya sentiasa berdoa sentiasa dikelilingi orang yang baik untuk boleh menasihati saya jika tersasar atau sebagainya. Itu pasti akan berlaku sebab kita hanya manusia," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment