Operasi Lebih Garisan Putih, Pengguna Boleh Dikenakan Denda RM2,000 Atau Penjara 6 Bulan
Untuk keselamatan juga.
Pengguna jalan raya perlulah mematuhi peraturan lalu lintas untuk keselamatan diri dan orang lain
Untuk mengurangkan risiko bahaya di jalan raya, pengguna perlulah mematuhi peraturan lalu lintas bukan sahaja untuk keselamatan diri malah untuk tidak mendatangkan bahaya kepada orang lain.
Baru-baru ini tular sebuah video di Twitter memaparkan operasi lalu lintas yang dijalankan polis memastikan pengguna tidak melebihi garisan putih apabila berhenti.
Lihat video tersebut di bawah:
Pengguna yang melanggar peraturan dikenakan 'surat cinta' serta-merta
Menerusi video yang tular itu, dilihat operasi untuk memastikan pengguna jalan raya tidak melebihi garisan ketika berhenti sedang dijalankan polis trafik.
Terdapat beberapa pengguna jalan raya termasuk penunggang motosikal dan pemandu kereta ditahan apabila berhenti melebihi garisan putih.
Ada juga yang cuba untuk mengundur ke belakang selepas melebihi garisan putih tetapi pegawai polis trafik sudah nampak kesalahan yang dilakukan pemandu tersebut.
Peraturan untuk memberhentikan kenderaan sebelum garisan putih termaktub dalam Kaedah 38 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (LN166/1959). Mana-mana individu yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.
Image via @_nazrih (Twitter)
"Jadi ni lah kegunaan skil berhenti tepat atas garisan kat atas bukit tu dan angkat tangan eh waktu dulu ambil lesen" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di Twitter, ianya telah meraih sehingga 1M views, 6.3K reposts, 5.6K likes dan 289 bookmarks.
Rata-rata komen yang diberikan netizen di Twitter menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di Twitter:Image via @_nazrih (Twitter)
Image via @_nazrih (Twitter)
Image via @_nazrih (Twitter)
Peringatan untuk kita semua.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via googleapis.com
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment