Oppa Korea Cuba 'Challenge' Hidup Di Malaysia Dengan Hanya Belanja RM50 Untuk Seminggu
Admin kalau dapat RM50 tu sekelip mata je habis :'(
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang YouTuber dari Korea Selatan mencabar dirinya sama ada bolehkah dia hidup di Malaysia dengan hanya berbekalkan RM50 untuk tujuh hari
Menerusi video yang dimuat naik di channel YouTube WonHoHo, lelaki berkenaan membahagikan duit RM50 itu untuk makanan, pengangkutan dan segalanya yang diperlukan sepanjang minggu itu.
Dalam video berdurasi 13 minit itu, dia membeli sebuku roti jumbo dan secawan mi segera sebagai makanan hariannya.
Menurutnya, dia merancang untuk makan roti tersebut selama tiga hari dan mi segera hanya bila terlalu lapar saja. Malah, dia turut membawa roti ke pejabat sambil menikmati kopi percuma.
Image via WonHoHo (YouTube)
Image via WonHoHo (YouTube)
Baki tinggal RM6.40 di hari keenam dan hampir putus asa
Lelaki berkenaan turut mencuba hidangan nasi mamak berharga RM2 pada hari pertama challengenya.
Pada hari keempat pula, dia membeli sekarton mi segera dan sepapan telur yang akhirnya meninggalkan baki sekitar RM15.6 saja.
Dua hari kemudian, dia hanya mempunyai baki sebanyak RM6.4 dan terpaksa pergi ke pasar raya sebagai jalan terakhir mengharungi seharian dengan mendapatkan makanan dan minuman percuma yang tersedia di booth.
Persoalannya, adakah dia mampu menyelesaikan challenge RM50 itu?
Image via WonHoHo (YouTube)
Tonton video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment