seismik

Warga Asing Tidak Boleh Bekerja Di Bazar Ramadan, Peniaga Akan Disita Jika 'Kantoi'

Pemegang lesen terbabit juga akan disenarai hitam jika didapati tidak patuh arahan.

Cover image via Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tindakan sita akan dikenakan terhadap peniaga bazar Ramadan di Negeri Sembilan yang didapati menggunakan khidmat warga asing sebagai pekerja

Menurut laporan Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar berkata, pemegang lesen terbabit juga akan disenarai hitam dan tidak dibenarkan lagi memohon menjaja di mana-mana bazar Ramadan di Negeri Sembilan.

Katanya, pihak berkuasa tempatan tidak akan teragak-agak untuk melakukan sitaan serta-merta sekiranya peniaga tidak mematuhi syarat yang telah ditetapkan.

Image via Harian Metro

"Kita tidak benarkan peniaga kaya yang menggajikan warga asing di bazar Ramadan, ia untuk peniaga kecil tempatan bagi menjana pendapatan tambahan sempena kehadiran Ramadan.

"Kita memberi amaran ini bukan sahaja kepada peniaga malah penganjur bazar Ramadan dan sekiranya pihak berkuasa mengesan kehadiran peniaga warga asing di mana-mana bazar Ramadan di negeri ini, tindakan akan dikenakan.

"Objektif utama bazar Ramadan adalah untuk memberi ruang kepada peniaga kecil mencari sumber pendapatan tambahan sepanjang Ramadan, bukannya untuk warga asing," katanya.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Datuk Masri Razali pula berkata, pihaknya tidak akan beri muka terhadap peniaga bazar Ramadan yang didapati menjual petak kepada pihak ketiga terutama warga asing

Image via Berita Harian

Beliau berkata, selain lesen peniaga ditarik, penganjur bazar Ramadan di tapak itu juga berdepan tindakan senarai hitam jika terbukti melanggar syarat.

Tambah Arul Kumar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Nilai, bazar Ramadan adalah satu usaha bagi menjana pendapatan tambahan peniaga dan tidak harus dijadikan 'untung atas angin' dengan memberi sewaan kepada orang lain.

"Mereka yang memohon gerai di bazar Ramadan sahaja dibenarkan berniaga di lokasi yang sudah ditentukan," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: