[VIDEO] Orang Awam Bersatu Selamatkan Kanak-Kanak Ini Tertidur Lena Dalam Kereta. Respect!
Bahaya duduk dalam kereta lama-lama.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kejadian anak terkunci di dalam kereta sudah menjadi kebiasaan di Malaysia
Kita sering digemparkan berita tentang anak yang ditinggalkan dalam kereta disebabkan ibu bapa pergi membeli barang di kedai.
Perkara ini amat membahayakan kerana pengudaraan tidak berlaku jika seseorang itu terperangkap dalam kereta. Kejadian ini boleh menyebabkan seseorang itu hilang nyawa akibat kekurangan oksigen.
Namun begitu, tular baru-baru ini berkenaan video di Facebook tentang orang awam mengejutkan seorang kanak-kanak yang tertidur di dalam kereta mencuri tumpuan netizen.
Kejut kanak-kanak perempuan yang tertidur lena sampai goyang kereta berkali-kali
Menerusi video yang berdurasi 1 minit 47 saat itu, kelihatan bahawa seorang ibu sedang panik mengetuk tingkap kereta untuk mengejutkan anaknya yang tertidur lena.
Wanita itu bernasib baik kerana orang awam sedia membantu untuk mengejutkan anak perempuannya. Sekumpulan orang awam bertindak goyang kereta supaya anak perempuan itu bangun daripada tidur.
Anak perempuannya kelihatan liat untuk bangun setelah kereta itu bergoyang berkali-kali. Tidak lama kemudian sebaik saja dia bangun, dia kelihatan terkejut dan terpinga-pinga apabila orang ramai mengetuk cermin kereta supaya menyuruhnya buka tingkap.
Image via 笑龙 (Facebook)
Image via 笑龙 (Facebook)
Image via 笑龙 (Facebook)
Image via 笑龙 (Facebook)
Image via 笑龙 (Facebook)
"High concentration of carbon dioxide and carbon monoxide will make people sleep and die later in sleep" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video ini meraih 666K views, 8K retweets, 2K quote tweets dan 11K likes di Twitter.
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen merasa marah dengan kejadian ini. Malah, ada yang menyalahkan ibu tersebut kerana tinggalkan anaknya di dalam kereta.
Ada juga yang bangga melihat rakyat Malaysia bertungkus lumus menolong antara satu sama lain tidak kira bangsa.
Berikut di bawah merupakan komen daripada netizen di Twitter:
Semoga perkongsian ini dijadikan iktibar kepada para ibu bapa di luar sana.
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment