seismik

[VIDEO] "Apa Nak Buat Kalau Kena Tahan Polis?" - Peguam Ini Ada Jawapannya & Hak Kita

Terima kasih, sangat informatif!

Cover image via @aminahtulmardiah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Umum semua mengetahui bahawa kita mempunyai hak-hak tertentu bila berdepan dengan masalah

Sebagai contoh, apabila kita ditahan oleh polis, kita mempunyai hak untuk menerima infomasi lebih lanjut tentang mengapa kita ditahan. 

Baru-baru ini, tular video oleh seorang peguam di TikTok berkenaan perkongsiannya tentang hak kita ketika ditahan oleh polis ini mencuri perhatian netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Ini 6 perkara yang dikongsikan oleh peguam itu jika anda ditahan oleh polis

1. Bertanya kepada pihak polis kenapa anda ditahan?

Sesuatu penahanan perlu dilakukan atas sebab-sebab tertentu. Penahanan tanpa sebab merupakan penahanan yang salah. 

2. Cuba minta polis tunjuk kad kuasa

Setiap warna mempunyai maksud yang berbeza. Pastikan anda tahu setiap warna dan maksudnya. 

3. Tolong beri kerjasama dengan polis dan jangan melawan

Hal ini demikian kerana, kedua-dua pihak hanya ingin menyelesaikan masalah masing-masing. Pihak polis juga sedang melaksanakan tugas mereka. 

4. Tanya kepada pihak polis balai mana yang anda akan di bawa

Pihak polis hanya boleh membawa anda ke balai yang terdekat dalam masa yang cepat.

5. Minta pihak polis untuk memberi kebenaran anda hubungi keluarga atau peguam

Perkara ini memudahkan perundingan berlaku bagi kedua-dua pihak. Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan, anda juga perlu maklumkan kepada pihak polis. Take note!

6. Penahanan tanpa mahkamah hanya boleh dilakukan 24 jam yang pertama saja

Pihak polis boleh menahan anda lebih 24 jam sekiranya diperintah oleh mahkamah. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Jangan lupa share okay! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: