Orang Ramai Bakal Berpeluang Melihat 'Gerhana Bulan' Paling Lama Abad Ini Pada 19 November
Dianggarkan hampir 97 peratus bulan akan terlindung dari Bumi.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Gerhana bulan separa yang dijangka berlaku pada 19 November ini bakal menjadi gerhana bulan paling lama dalam abad ini
Image via AP File Photo
Menurut Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA), gerhana bulan itu akan berlaku selama tiga jam dan 28 minit.
Pada 2018, gerhana bulan penuh berlaku selama satu jam 42 minit dan 57 saat. Kebiasaannya, gerhana akan berlangsung kurang dari dua jam, maka fenomena alam yang bakal berlaku pada tengah November ini disifatkan gerhana bulan paling lama.
Bulan pada penghujung November ini juga dikenali dengan nama ‘frost moon‘ atau beaver moon‘. Ini bermaksud, gerhana bulan kali ini akan menjadi ‘blood moon‘ separa dengan warna kemerahan dapat dilihat pada permukaan bulan.
Blood moon adalah gelaran diberikan untuk fenomena gerhana bulan penuh yang berlaku ketika posisi Bumi terletak tepat antara matahari dan bulan sehingga bayang Bumi menutupi bulan.
Pada 19 November ini, dianggarkan hampir 97 peratus bulan akan terlindung dari Bumi. Antara 2001 hingga 2100, sebanyak 288 fenomena gerhana bulan dijangka berlaku.
Tidak kelihatan dengan mata kasar dan memerlukan alatan khas untuk melihat
Sementara itu, menerusi posting yang dimuat naik oleh Planetarium Negara, pihaknya memberitahu pada Jumaat, 19 November 2021 akan berlaku fenomena gerhana bulan penumbra bermula dari pukul 6.58 petang hingga pukul 8.03 malam apabila bulan terlindung oleh bayang penumbra bumi.
Gerhana bulan bermula lebih awal iaitu sejak pukul 2.02 petang tetapi hari masih siang dan semuanya berlaku di bawah ufuk.
Apabila bulan terbit pada 6.58 petang gerhana bulan adalah pada fasa penumbra tetapi masih tidak dapat dilihat dengan mata kasar juga kerana bayang penumbra tidak segelap bayang umbra bumi. Jadi, fenomena ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar sehingga tamat pada pukul 8.03 malam.
Image via Planetarium Negara (Facebook)
Image via Planetarium Negara (Facebook)
Image via Planetarium Negara (Facebook)
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment