seismik

[VIDEO] Berbahasa Melayu Di Pentas PBB, Ucapan Tuan Ibrahim Ini Curi Tumpuan Ramai

Beliau menyampaikan kenyataan negara menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.

Cover image via Kementerian Alam Sekitar Dan Air (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mencuri tumpuan ramai apabila membuat kemunculan di pentas antarabangsa dengan berucap dalam bahasa Melayu

Beliau berucap ketika Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP-26) di Glasgow, Scotland dengan menyampaikan ucapan dalam bahasa Melayu sepenuhnya.

Tampil segak dengan bersuit dan kopiah hitam serta mengenakan tie merah, Tuan Ibrahim menyampaikan kenyataan negara pada konvensyen berkenaan selama kira-kira empat minit.

Beliau mengetuai delegasi Malaysia untuk menghadiri sesi rundingan Segmen Peringkat Tinggi di UNFCCC COP-26 yang sedang berlangsung bermula 31 Oktober hingga 12 November ini.

Tonton video penuh ucapan Tuan Ibrahim di bawah:

Beliau turut menyelitkan ayat al-Quran yang bermaksud 'berlaku kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan tangan-tangan manusia' sebagai pemula bicara

Video ucapan beliau yang berdurasi kira-kira empat minit itu kini turut tular di media sosial termasuk WhatsApp dan Facebook.

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memuji inisiatif, tindakan dan keberanian pemimpin berkenaan.

Berikut di bawah antara komen menarik netizen di media sosial:

Alhamdullilah, penulis turut tumpang bangga bahasa kebangsaan dimartabatkan di persidangan antarabangsa. Respect!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: