seismik

Isu Vellfire Jadi 'Kenderaan Rasmi' Menteri, Kementerian Kewangan Tampil Beri Penjelasan

Pertukaran itu diputuskan mengambil kira pelbagai perbincangan pertukaran KRJ di media sosial.

Cover image via Berita Harian & Toyota

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kerajaan memutuskan menggunakan Toyota Vellfire 2.5L sebagai Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) Menteri Kabinet bagi menggantikan Proton Perdana 2.4 Premium yang ditamatkan pengeluarannya pada 2014

Gambar sekadar hiasan.

Image via theSundaily

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, pertukaran itu diputuskan mengambil kira pelbagai perbincangan pertukaran KRJ di media sosial.

Katanya, pemilihan Toyota Vellfire 2.5L berikutan kos sewa bulanan model berkenaan lebih rendah iaitu RM4,851.61 berbanding Proton Perdana 2.4 Premium (RM4,854.41).

"Cadangan penggantian Proton Perdana kepada kenderaan lain seperti Vellfire sebenarnya sudah dipertimbangkan ketika pentadbiran kerajaan terdahulu tetapi ditangguhkan dan hanya dilaksanakan pada tahun ini.

"Untuk makluman, usia KRJ bagi jemaah menteri sebelum penggantian pada tahun ini ada yang mencecah enam tahun sedangkan penggantian KRJ bagi jemaah menteri sebenarnya dijadualkan setiap empat tahun sekali," kata kementerian itu.

Berikut di bawah adalah kenyataan penuh daripada Kementerian Kewangan:

Terdahulu, penukaran kereta Toyota Vellfire 2.5L sebagai kenderaan rasmi untuk kegunaan menteri kerajaan Persekutuan telah menimbulkan kontroversi baru-baru ini

Gambar sekadar hiasan.

Image via CarDekho

Ia berikutan satu posting yang dimuat naik oleh ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin di laman Facebook rasminya mendakwa Bajet 2022 yang dibentangkan baru-baru ini dilihat kononnya sangat mesra rakyat, namun tanpa disedari menteri-menteri mendapat bantuan kenderaan Vellfire itu.

Katanya lagi, golongan menteri yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pas itu mendapat model kenderaan berkenaan sejak April tahun ini ketika rakyat sedang kehilangan kerja, syarikat lingkup dan kes membunuh diri yang semakin menjadi-jadi tahun ini.

“Contohnya, orang muda dapat ewallet RM150 secara one off, penjawat awam pula mendapat RM700 one off. Rakyat pasti gembira kerana menerima bantuan tersebut.

“Namun di sebalik pemberian sagu hati kepada rakyat ini, tanpa disedari, Menteri-Menteri Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Pas itu sebenarnya dapat menikmati bantuan yang paling banyak apabila mereka mendapat ‘bantuan kereta Vellfire’ sebanyak RM 5,759.35 sebulan.

“Hutang negara juga telah mencecah sehingga RM1.3 trillion. Hutang kerajaan telah mencecah 65 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Adakah kemewahan ini satu keperluan?,” ujarnya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: