seismik

PRN Melaka: Jadi Calon Termuda, Gadis Berusia 21 Tahun Ini Curi Tumpuan Netizen

Farzana Hayani masih menuntut di UiTM Shah Alam, Selangor.

Cover image via Utusan Malaysia & Free Malaysia Today

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diadakan pada 20 November depan, ia merupakan yang pertama diadakan selepas Sabah yang diadakan September tahun lepas

Walau bagaimanapun, proses penamaan calon baru-baru ini jadi tumpuan apabila seorang calon daripada Pakatan Harapan (PH) iaitu Farzana Hayani Mohd Nasir menjadi calon paling muda dalam PRN Melaka kali ini.

Pada usia 21 tahun, Farzana Hayani merupakan Ketua Srikandi Keadilan Melaka. Walaupun masih belum tamat pengajian, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda UiTM Shah Alam itu juga adalah pemegang Diploma Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Kampus Rembau.

Beliau bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.28 Sungai Rambai dan berdepan dengan tiga lagi calon.

Mereka ialah Muhammad Jefri Safry mewakili Perikatan Nasional, Nazatul Asyraf Md Dom; Putra dan Siti Faizah Abdul Azis, Barisan Nasional.

"Usia bukan penghalang untuk seseorang itu berkhidmat dan menjadi wakil rakyat" - Farzana Hayani

Menurut laporan, Farzana Hayani berkata, walaupun setahun jagung dalam arena politik, dia yakin pengundi semakin bijak dan matang menerima orang muda sebagai wakil rakyat.

"Usia bukan faktor utama untuk menjadi wakil rakyat, apa lebih penting berupaya memahami masalah dan berusaha selesaikannya. Saya percaya pengundi akan menilai berdasarkan tekad dan kesungguhan membantu rakyat dan membawa perubahan," katanya.

Tambahnya lagi, sebagai mahasiswa, beliau akan memberikan tumpuan kepada pembangunan generasi muda dalam bidang pendidikan kerana masalah liputan internet di DUN Sungai Rambai menyukarkan golongan muda yang kini bergantung sepenuhnya kepada kemudahan teknologi itu untuk belajar dan bekerja.

"Saya mahu meluaskan lagi liputan internet di DUN Sungai Rambai. Ia kini menjadi antara keperluan penting dalam kehidupan masyarakat. Bukan saja pendidikan, malah saya akan memperkasakan sektor keusahawanan wanita di Sungai Rambai," ujarnya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: