Pakai Deodorant Pada Kulit Kepala & Rambut, Tindakan Gadis Ini Cetus Perdebatan Ramai
Macam pelik je.
Seperti yang kita ketahui, deodorant digunakan untuk membunuh bakteria yang boleh menyebabkan bau busuk di ketiak
Ramai yang menggunakan deodorant di bahagian ketiak apabila berpeluh untuk mencegah bau badan.
Lain pula apa yang berlaku dalam video ini apabila seorang gadis menggunakan produk berkenaan pada rambut menyebabkan video tersebut meninggalkan beribu persoalan dalam kalangan netizen.
Bukan setakat itu sahaja, gadis itu juga menyatakan faedah-faedah penggunaan deodorant pada rambut dalam video tersebut.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tindakannya memakai deodorant pada rambut mencuri tumpuan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @amygitchew, kelihatan gadis tersebut sedang memakai deodorant di kulit kepalanya.
Katanya lagi produk tersebut amat berkesan untuk mengurangkan peluh di hairline.
Ramai netizen mempersoalkan diikuti mengecamnya memandangkan sebelum ini tiada yang pernah melakukan perkara berkenaan.
Image via @amygitchew (TikTok)
“Seriuslah dekat kepala, asal aku tak tahu?” - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini mencecah sehingga 96.8K views, 4,143 likes dan 179 comments di Twitter, rata-rata netizen meluahkan pendapat tidak bersetuju dan mempersoalkan tindakan gadis tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen netizen di TikTok:
Image via @amygitchew (TikTok)
Image via @amygitchew (TikTok)
Image via @amygitchew (TikTok)
Image via @amygitchew (TikTok)
Image via @amygitchew (TikTok)
Betul ke boleh apply deodorant dekat rambut, apa pendapat korang?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment