seismik

[VIDEO] "Sebijik Weh" - Muka Sama Macam Alif Satar, Ini Pula Reaksi Penyanyi Asal

Alif Satar versi perempuan.

Cover image via @baz0ongi (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang tidak kenal dengan penyanyi popular iaitu Alif Satar bukan?

Antara lagu hit beliau seperti Lelaki Seperti Aku dan Nakal sekaligus telah mengangkat nama penyanyi ini. Beliau juga masih aktif di dalam industri hiburan tanah air.

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok memaparkan rupa seorang gadis yang persis seperti penyanyi tersebut telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Muka pula mirip dengan penyanyi asal

Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa orang gadis sedang berlakon yang konon-kononnya mereka bertemu dengan seorang penyanyi.

Sebaik saja kamera dihalakan kepada gadis tersebut, dapat dilihat mukanya tidak ubah seperti penyanyi Alif Satar.

Dapat dilihat gadis itu juga menghayati lagu Alif Satar dengan menggayakan nyanyiannya.

Lihat video lain itu di bawah:

@baz0ongi atream lelaki seperti alep gais official mv #fyp #spm2022 Lelaki Seperti Aku - Alif Satar

"Terkejut oi sama pula muka" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3.9M views, 449.5K likes dan 12.6K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Sekali pandang memang sama weh muka dia :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: