Pakai Tudung Bukan Alasan Untuk Tidak Jaga Rambut, Ini Tips Buat Wanita Di Luar Sana
Rambut tetap kena jaga.
Bukan sahaja buat lelaki, tetapi rambut juga merupakan mahkota utama buat kaum wanita
Rambut yang cantik dan terurus akan menaikkan lagi seorang wanita itu. Bagi yang tidak berhijab, mereka pasti lebih pandai menguruskannya kerana rambut mereka selalu terdedah kepada cuaca luar.
Namun bagi wanita yang berhijab, ramai dilihat mengambil sikap sambil lewa dalam penjagaan rambut mereka. Hal ini kerana mungkin mereka berfikiran kerana mereka bertudung, jadi tidak perlu menjaga sebaiknya. Salah itu sebenarnya.
Ia boleh menyebabkan rambut rosak, berminyak, berbau dan banyak lagi. Jadi, jom kami kongsikan kepada anda antara tips yang anda boleh cuba.
1. Elak pakai tudung semasa rambut basah
Image via Wedpedia
Hal ini kerana, jika anda memakai tudung ketika rambut masih basah atau lembab ia akan menyebabkan rambut anda cepat rosak. Malah, ia juga akan membuatkan rambut anda berbau nanti.
2. Cuci rambut secara selang
Image via Diva
Jika anda merasakan rambut anda berminyak dan tidak selesa, anda dinasihatkan agar untuk terus mencucinya. Tetapi, janganlah pula mencuci rambut setiap hari kerana ia mungkin berisiko mendapat rambut rosak.
3. Pilih syampu yang sesuai
Image via Harian Metro
Untuk wanita berhiba, pemilihan syampu adalah sangat penting. Anda perlu memilih syampu yang sesuai dengan kulit kepala anda. Malah, adalah lebih bagus jika ia khas untuk wanita bertudung.
4. Pilih anak tudung yang sesuai
Image via Sahih
Anak tudung juga memainkan peranan penting. Seeloknya pilih anak tudung yang diperbuat daripada fabrik kapas dan serap peluh, Ia untuk mengelakkan rambut berbau busuk dan elak untuk rosak.
5. Guna serum rambut
Image via Beautynesia
Selain itu, anda boleh menggunakan serum atau vitamin rambut agar rambut anda sentiasa terurus dan bermaya. Ia juga sekaligun boleh menguatkan akar rambut anda.
6. Lepas rambut dan sikat
Image via WOM
Jika berada di rumah, cuba biarkan dan lepaskan rambut anda bebas. Kemudian sikat rambut anda agar lurus sebelum memulakan cucian nanti.
Ingat girls, pakai tudung pun rambut masih kena jaga okay! ;)
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment