Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pasangan Pengantin Sambut Hari Bahagia Di Zoo Negara, Pilih Untuk Bergambar Dengan Haiwan

Difahamkan, pengantin lelaki yang mengajak pengantin perempuan untuk membuat sesi bergambar di zoo kerana dilihat unik.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap pasangan yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pastinya inginkan kelainan yang dapat dijadikan sebagai kenangan terindah buat mereka

Tular sebuah video di TikTok apabila pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan ini memilih Zoo Negara sebagai lokasi bergambar di hari bahagia.

Menerusi video tersebut, pada awalnya kelihatan pasangan pengantin itu berjalan sambil diiringi Timbalan Presiden Zoo Negara Malaysia, Datuk Rosly Lana dan staf Zoo Negara untuk melihat persembahan haiwan

Perkara ini telah menarik perhatian ramai yang teruja melihat mereka dengan persalinan songket yang lengkap.

Pengantin perempuan tampil mengulas lebih lanjut di ruangan komen

Menurutnya, selepas selesai majlis akad nikah dan bersanding pada 23 Disember lalu, suaminya secara rawak memberikan idea untuk mengambil gambar kahwin di zoo tersebut kerana ia merupakan sesuatu yang unik.

Jadi, pasangan tersebut memaklumkan kepada pihak pengurusan zoo berkenaan dan mereka kemudiannya disambut dengan meriah apabila hadir keesokan harinya.

“Pasangan pengantin pertama yang bukan dari kalangan staf zoo yang diraikan oleh badan pengurusan Zoo Negara. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Rosly Lana,” katanya di dalam komen,"
 tulisnya di ruangan komen.

Image via salam_ruslan46 (TikTok)

Zoo Negara tawar promosi istimewa untuk pasangan pengantin

Susulan daripada itu, Zoo Negara telah menawarkan promosi tiket percuma kepada pasangan yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan.

Tawaran tiket percuma itu bermula pada 25 Disember dengan beberapa syarat, antaranya adalah:

  • Terbuka kepada semua warganegara dan perlu hadir lengkap berpakaian pengantin semasa lawatan.
  • Pengantin hendaklah mengemukakan salinan dokumen pengesahan perkahwinan serta kad jemputan majlis di kaunter informasi B.
  • Harga diskaun tiket sebanyak 20% diberikan kepada ahli rombongan pengantin dalam satu resit pembelian.
  • Tawaran sah sehingga lapan hari dari majlis perkahwinan diadakan.
  • Tertakluk kepada terma dan syarat oleh pihak pengurusan Zoo Negara.

Untuk maklumat lanjut berhubung tawaran ini, anda boleh menghubungi pihak Jabatan Perhubungan Awam dan Pemasaran di talian 011-5656-8865 atau e-mel terus ke marketing@zoonegaramalaysia.com.

Image via Zoo Negara Malaysia (Facebook)

Lihat video penuh & posting di bawah:

Bagus idea ni, boleh la nanti admin buat photoshoot dekat sini juga tapi tunggu jodoh sampai dulu la :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment